TENGKORAK beruang yang ditemui di Siberia dengan kesan tembakan di kepala.
RUSSIA memiliki populasi beruang perang paling besar di dunia.
NOVOSIBIRSK: Satu kubur beruang perang yang dibunuh dan dipotong anggota tubuh mereka oleh pemburu haram ditemui di Siberia, lapor media semalam.
Beruang itu dilaporkan dipancung sebelum sebahagian daripada organ haiwan liar itu dieksport ke China untuk dihidangkan sebagai makanan atau menjadi ubat-ubatan. Seorang pakar yang dihubungi untuk memeriksa kubur di Buryatia itu mengesahkan semua haiwan yang ditemui adalah beruang.
Siberian Times melaporkan, ada antara haiwan itu masih muda ketika dibunuh selepas diperangkap.
Pakar biologi, Bimba Yumov, berkata semua beruang itu ditembak pada kepala dari jarak dekat selepas terperangkap dalam umpan dipasang pemburu haram. “Haiwan ini dibunuh secara paling kejam ketika ia tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya. Katanya, dia yakin 100 peratus pembunuhan itu dilakukan pemburu haram.
Jika tidak, katanya, bagaimana semua sembilan tengkorak beruang itu mempunyai kesan tembusan peluru yang sama. Siberian Times melaporkan, kulit beruang itu disiat dan kakinya dipotong, manakala lemak dan hempedunya dikeluarkan. - DM
No comments:
Post a Comment