Pages

Thursday, August 2, 2012

Etnik Rohingya ditindas kejam

Etnik Rohingya ditindas kejam:

Tindakan kekerasan yang dilakukan ke atas etnik minoriti Rohingya beragama Islam, memaksa mereka meninggalkan negeri Rakhine, barat Myanmar, bagi mencari perlindungan. - AGENSI
BANGKOK 1 Ogos - Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) mendedahkan, tentera Myanmar membunuh, merogol dan membuat penahanan besar-besaran ke atas penduduk Islam Rohingya selepas rusuhan kaum di utara negara ini tercetus pada Jun lalu.
Menerusi satu laporannya yang didedahkan hari ini, kumpulan tersebut menyatakan bahawa pihak berkuasa Myanmar hanya melakukan sedikit usaha untuk menghalang ketegangan awal daripada terus merebak.
Kumpulan hak asasi yang beribu pejabat di New York itu menyatakan, kakitangan bantuan turut dihalang menjalankan tugas mereka dan dalam beberapa kes, etnik Rohingya terus menjadi mangsa tindakan kekerasan kerajaan di negeri Rakhine selepas tercetusnya rusuhan kaum itu.

'via Blog this'

No comments: