Pages

Thursday, August 2, 2012

Assad minta tentera tingkat serangan terhadap pemberontak

BEIRUT: Presiden Syria, Bashar Assad hari ini meminta angkatan tentera meningkatkan serangan terhadap pemberontak bagi menangani konflik yang kini sudah berpanjangan lebih 17 bulan.

Assad tidak lagi bercakap kepada umum sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan sejak kejadian pengeboman yang meragut nyawa empat ketua keselamatan kanannya, dua minggu lalu.
Kenyataan bertulis Assad disiarkan agensi berita negara itu.

“Dalam peperangan yang membabitkan negara ini dan peperangan menghapuskan penjenayah serta pengganas, angkatan tentera sudah terbukti menunjukkan kekentalan mereka," katanya.

Beliau berkata, warga Syria juga sudah menunjukkan bahawa mereka tidak mudah 'dijinakkan' oleh perancangan jahat asing. - AFP

No comments: