TEHERAN: Pegawai Iran melancarkan kecaman keras terhadap sekatan yang lebih ketat dikenakan Barat semalam dan menganggap langkah itu sebagai “perang.”
Kenyataan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan Bank Pusat Iran menunjukkan bahawa kebimbangan semakin meningkat di negara itu, selain usaha peringkat tinggi sedang dijalankan bagi mengatasinya. Mahmoud membuat kenyataan selepas Kongres meluluskan pakej sekatan baru ke atas Iran, melebarkan hukuman kewangan dan menyasarkan sektor tenaga dan perkapalan Teheran dengan harapan ia dapat mengekang program nuklear negara berkenaan. Sebelum ini Iran berjaya mengatasi sekatan dikepalai AS serta cubaan lain untuk memulaukan ekonomi negara itu dengan membangunkan industri domestik serta memberi penekanan terhadap kemajuan teknologi. Bagaimanapun, sekatan terbaru ini menumpukan titik kelemahan utama Iran, iaitu eksport minyaknya yang sangat penting. - AP
No comments:
Post a Comment