Hussein Tantawi |
Qandil (kiri) mengadakan perbincangan dengan Morsi di istana Presiden di Kaherah, semalam. - Foto EPA |
Pemimpin Mesir nafi balas mesej pemimpin Israel
Baitulmaqdis: Sepucuk surat yang dikatakan dihantar Presiden Mohammed Morsi kepada Presiden Israel Shimon Peres, menimbulkan kegemparan apabila pemimpin Mesir itu menafikan beliau ada mengirim surat berkenaan, manakala Israel bertegas bahawa surat itu adalah tulen.
Surat yang kononnya dikirim Morsi, adalah jawapan balas kepada mesej yang dihantar Peres mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam pada bulan Ramadan dan disiarkan dua buah akhbar di Israel.
Panglima tentera Hussein Tantawi yang berkhidmat sebagai menteri pertahanan juga akan terus mengekalkan jawatannya”. - Sumber tentera, Menteri tenagaSurat yang disiarkan pejabat presiden Israel dikatakan pada mulanya diletakkan di rak peralatan pejabat Kedutaan Mesir di Tel Aviv.
Di dalam surat itu Morsi menulis di dalam bahasa Inggeris bermaksud: Saya akan melakukan usaha terbaik untuk memulihkan proses damai Asia Barat dan menjamin kestabilan dan kedamaian di wilayah ini, termasuk rakyat Israel.” Nama presiden yang sepatutnya dieja Peres sebaliknya dicatatkan sebagai ‘Perez’.
Bagaimanapun tidak lama selepas itu, jurucakap Morsi, Yasser Ali berkata di Kaherah, bahawa Morsi tidak langsung menulis sebarang surat kepada pemimpin Israel.
Nafi tulis surat
“Ini sama sekali tidak benar,” katanya yang menyifatkan surat itu sebagai sengaja direka. Beliau turut menyalahkan dua akhbar Israel kerana menyiarkan surat itu, yang dikeluarkan pejabat presidennya di Baitulmaqdis.
Seorang pegawai di pejabat Peres, berkata pembantu presiden menerima surat rasmi secara berdaftar dari duta Mesir ke Israel dan faksimili dari kedutaannya di Tel Aviv.
Nombor faksimili yang dicetak secara automatik adalah nombor yang disenaraikan disahkan sebagai nombor kedutaan Mesir di Israel.
Pejabat kementerian luar Mesir belum memberi ulasan segera mengenai isu berkenaan.
Bagaimanapun pemerhati berkata ia memberi petunjuk kepada keadaan yang tidak menentu di dalam kerajaan Mesir. Walaupun Morsi sudah menyandang jawatan presiden tidak dapat dipastikan sejauh mana kuasa yang beliau miliki.
Pilih anggota baru kerajaan
Sementara itu, Perdana Menteri Mesir Hisham Qandil sudah memilih anggota baru kerajaannya dan mengekalkan menteri kewangan dan menteri luar rejim lama, lapor stesen televisyen.
Semalam, Qandil mengadakan mesyuarat dengan menterinya termasuk Menteri Luar Mohammed Kamel Amr dan Menteri Kewangan Mumtaz al-Said, sehari sebelum beliau secara rasmi mengumumkan anggota kabinetnya.
Sumber tentera berkata, panglima tentera Hussein Tantawi yang berkhidmat sebagai menteri pertahanan juga akan terus mengekalkan jawatannya.
Minggu lalu, Morsi memilih Qandil sebagai perdana menteri dan mengarahkan beliau memilih anggota kabinet bagi memulihkan segera keadaan kucar-kacir di negara itu.
Qandil dilaporkan berkata, beliau mahukan anggota yang cekap untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. - AP/AFP
No comments:
Post a Comment