Pages

Thursday, August 2, 2012

China berang bank disekat

BEIJING: Beijing semalam mengutuk sekatan baru Amerika Syarikat ke atas bank China ekoran transaksi dengan Iran, serta menggesa Washington membatalkannya.
Beijing juga berkata, mereka akan mengemukakan protes rasmi atas tindakan AS itu. Kementerian Luar China berkata, AS perlu menarik balik sekatan ke atas Bank of Kunlin yang dianggap melanggar “norma hubungan antarabangsa” serta merosakkan hubungan Beijing - Washington.

“China dan Iran mempunyai hubungan normal dan menjalankan kerjasama komersial secara biasa, terbuka dan telus dalam bidang tenaga dan perdagangan.
“Ia tiada hubungan dengan pelan nuklear Iran serta melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB atau norma antarabangsa serta tidak merosakkan sebarang kepentingan pihak ketiga,” kata kenyataan itu.

Kelmarin, Presiden Barack Obama mengenakan sekatan ekonomi baru ke atas sektor minyak Iran dan dua bank - masing-masing satu dari China dan Iraq - kerana menjalankan perniagaan dengan Teheran. Obama berkata, tindakan itu menunjukkan kesungguhan AS memaksa Teheran “mematuhi tanggungjawab antarabangsa” dalam rundingan isu nuklear. - AFP

No comments: