Pages

Tuesday, July 10, 2012

Politik Mesir kalut

Berita Harian | Politik Mesir kalut:

Penyokong Morsi merentang sepanduk sokongan kepada Presiden Mesir itu di Dataran Tahrir, semalam. - Foto REUTERSPenyokong Morsi merentang sepanduk sokongan kepada Presiden Mesir itu di Dataran Tahrir, semalam. - Foto REUTERS
Kaherah: Speaker parlimen Mesir, Saad el-Katatni, semalam memanggil ahli parlimen untuk mengadakan sidang esok selepas presiden baru negara itu, Mohamed Morsi mengarahkan supaya pembubaran parlimen oleh mahkamah sebelum ini dibatalkan. 

Agensi berita Mesir, MENA melaporkan, keputusan Morsi dilihat sebagai usaha mengukuhkan kuasa beliau sebagai presiden dan cabaran terbuka kepada pemimpin tentera yang memerintah negara itu sejak 16 bulan lalu apabila bekas presiden Hosni Mubarak digulingkan. Tentera menyerahkan pemerintahan kepada Morsi kurang dua minggu lalu, tetapi terus memegang kuasa yang tidak dapat dicabar. 
Penganalisis berkata, kemelut terbaru itu dijangka menjerumuskan semula Mesir ke kancah keganasan dan keadaan tidak menentu. 

Bangunan parlimen terus dikawal polis semalam, walaupun sekumpulan penyokong Morsi berkumpul di luar. Ramai ahli parlimen puak Islam yang menguasai 70 peratus kerusi dewan berkata mereka akan menghadiri sidang diadakan. Puak bukan Islam bagaimanapun berkata mereka akan memulaukannya. 

Hormati undang-undang 

“Kami tidak mungkin hadir sidang dan mengingkari mahkamah. Kita mesti menghormati undang-undang dan mematuhi perintah mahkamah,” kata ahli parlimen sekular, Imad Gad. 
Sementara itu Mahkamah Agung Perlembagaan Mesir berkata semua keputusan membubarkan parlimen muktamad. 

“Semua keputusan dan perintah Mahkamah Agung Perlembagaan adalah muktamad, tidak boleh dirayu dan mesti dipatuhi semua institusi negeri,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan. 

Beberapa pihak dilaporkan sudah ke mahkamah untuk mencabar keputusan Morsi, manakala mahkamah berkata pihaknya akan meneliti kes itu. 

Kenyataan itu juga menegaskan keputusan mahkamah tidak mempunyai motif politik, sebaliknya bagi melindungi perlembagaan negara. 

Kelmarin, Morsi mengarahkan parlimen yang dibubarkan, disahkan semula, tindakan dilihat penganalisis satu cabaran kepada tentera yang menguatkuasakan perintah mahkamah untuk membubarkan parlimen sebelum ini. 

Beliau mengeluarkan satu perintah presiden merungkaikan perintah yang dibuat bulan lalu untuk membubarkan Perhimpunan Rakyat dan mengundang dewan bersidang semula. 

Perintah itu juga menetapkan pertubuhan pilihan raya baru parlimen dua bulan selepas diluluskan pungutan suara perlembagaan negara itu dan menggunakan undang-undang kawal selia parlimen. 
AFP 
'via Blog this'

No comments: