Pages

Tuesday, July 10, 2012

Berzikirlah walaupun dimana anda berada.

kata-kata yang dinukilkan oleh Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari dalam al-Hikam. Sumber sekunder petikan ini adalah daripada ruangan Mutiara Tasawuf dalam majalah Solusi isu 25.

“Jangan kamu meninggalkan zikir kerana merasakan tidak adanya kehadiranmu (tumpuan) bersama Allah ketika berzikir itu. Sebab kelalaian kamu daripada berzikir (tidak berzikir langsung) adalah lebih berbahaya berbanding kelalaian kamu ketika sedang berzikir walaupun tanpa tumpuan. Mudah-mudahan Allah S.W.T mengangkat (mengurniakan) kamu daripada (maqam) zikir dalam keadaan lalai kepada zikir dalam penuh kesedaran, daripada zikir penuh kesedaran kepada zikir yang penuh tumpuan, daripada zikir penuh tumpuan kepada zikir yang dapat melupakan segalanya kecuali Zat Yang Maha Sempurna yang hanya (Dia) layak diingati. Hal itu tidaklah sukar bagi Allah Yang Maha Mulia.”

No comments: