Pages

Tuesday, July 10, 2012

Polis biar lelaki Palestin mati dijel

myMetro | Polis biar lelaki Palestin mati dijel: "BAITULMAQDIS: Sebuah mahkamah semalam menjatuhi hukuman penjara 30 bukan ke atas dua anggota polis Israel kerana cuai, menyebabkan seorang tahanan warga Palestin meninggal dunia pada 2008.

Akhbar Haaretz melaporkan, Omar Abu Jariban - didakwa seorang pencuri kereta - terbunuh selepas dibiarkan dalam keadaan cedera di tepi jalan.


Omar didakwa memasuki Israel secara haram dari Gaza dan cedera parah apabila kereta dilarikannya terbalik di lebuh raya. Dia dimasukkan ke hospital di Tel Aviv dan diletakkan di bawah tanggungjawab polis dua minggu kemudian. Tanpa ruang untuknya di penjara Israel, tertuduh membawa Omar ke Tebing Barat dan meninggalkannya di tepi jalan dan mayat ditemui dua hari kemudian. - AFP"

'via Blog this'

No comments: