DUA kanak-kanak bermain layang-layang yang bertulis kata-kata berbunyi ‘cukuplah berbunuhan’ ketika anggota Barisan Tindakan Islam Jordan dan rakyat Syria yang tinggal di negara itu mengadakan tunjuk perasaan menyokong gerakan anti kerajaan di luar kedutaan Syria di Amman semalam.
ANKARA: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Syria sudah mengemukakan permohonan maaf dan menyatakan kekesalan, selepas ia menembak jatuh sebuah pesawat tempur negara itu yang didakwa memasuki wilayahnya semalam.“Satu kenyataan permohonan maaf sudah diterima dari Syria berikutan kejadian yang amat serius ini. Negara itu juga melahirkan rasa kesal yang amat sangat dan mengakui kesilapannya,” kata Erdogan.Beliau berkata pihaknya sedang menimbang reaksi balas dan mengambil semua langkah perlu selepas nasib pesawat itu diketahui sepenuhnya.
“Turki akan mengumumkan keputusannya selepas semua maklumat mengenai pesawat itu diketahui,” katanya selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan menteri, ketua agensi perisikan dan tentera.
Syria semalam mengesahkan ia menembak jatuh sebuah pejabat pejuang Turki yang didakwa memasuki ruang udara negara itu semalam, manakala usaha diteruskan untuk mencari dua juruterbangnya yang masih hilang.
“Sebuah pesawat tidak dikenali didapati menceroboh ruang udara Syria dari arah Barat pada altitud amat rendah tetapi berkelajuan tinggi di timur Mediterranean.
Satu tembakan menggunakan pelancar anti pesawat dilepaskan ke arah pesawat ketika ia berada pada jarak satu kilometer dari daratan dan terhempas kira-kira 10 kilometer di pantai wilayah Latakia, wilayah Syria,” kata jurucakap tentera kepada agensi berita SANA.
Beliau berkata pihaknya kemudian mengenal pasti sasaran yang ditembak sebagai pesawat pejuang Turki dan kedua-dua negara kini bekerjasama untuk mencari kedua-dua juruterbangnya.
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, Martin Nesirky, berkata pemimpin itu memantau rapi perkembangan insiden terbabit
“Beliau berharap kejadian ini dapat ditangani kedua-dua negara melalui saluran diplomatik dan mengelak meningkatkan ketegangan sedia wujud di Syria,” katanya.
Sementara itu Duta Muhibah Suruhanjaya Tinggi Bagi Pelarian PBB (UNHCR), Angelina Jolie, menyumbang AS$100,000 (RM320,000) bagi membantu pelarian di Syria.
Beliau yang melawat kem pelarian Syria di Turki minggu lalu, juga membawa barang permainan untuk diberikan kepada kanak-kanak dan menemui beberapa keluarga untuk mengetahui keadaan mereka. – AFP/Agensi
No comments:
Post a Comment