Mohamed Morsi |
KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi, menjadi pemimpin pertama Mesir yang dipilih mengikut proses demokrasi semalam selepas meraih sokongan 51.7 peratus undi bagi mengalahkan pencabarnya, Ahmed Shafiq dalam pusingan kedua pilihan raya presiden, minggu lalu.Morsi menggantikan Hosni Mubarak yang digulingkan 16 bulan lalu dan pengumuman itu disambut dengan sorakan gemuruh penyokong Ikhwan di Dataran Tahrir.Mereka menjerit ‘Allahu Akbar’ sambil bertepuk tangan, mengibarkan bendera kebangsaan dan membakar bunga api.
Morsi menang tipis pengundian pusingan pertama Mei lalu apabila meraih hampir suku undi dan berikrar membentuk kerajaan untuk semua ketika minoriti Kristian meluahkan rasa gusar terhadap pentadbiran parti agama.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan Shafiq meraih 48.3 peratus undi manakala sebanyak 51 peratus pengundi yang layak mengambil bahagian dalam pengundian pusingan kedua.
Jurucakap Morsi, Ahmed Abdel-Attie berkata tiada kata-kata yang dapat menceritakan rasa gembira ketika detik bersejarah ini.
“Kami mencapai kejayaan ini kerana darah mereka yang syahid ketika revolusi meletus. Mesir akan memulakan fasa baru dalam sejarah,” katanya.
Shafik yang juga Perdana Menteri terakhir era Mubarak tidak memberi ulasan tetapi menawarkan khidmatnya untuk bertugas di bawah pentadbiran Morsi, 60.
Morsi menang tipis pengundian pusingan pertama Mei lalu apabila meraih hampir suku undi dan berikrar membentuk kerajaan untuk semua ketika minoriti Kristian meluahkan rasa gusar terhadap pentadbiran parti agama.
Majlis Tentera yang memerintah akan kekal memegang kuasa terhadap tentera terbesar Asia Barat yang juga sekutu rapat Amerika Syarikat.
Morsi sudah berkata bahawa beliau akan terus menghormati perjanjian antarabangsa khususnya perdamaian dimeterai dengan Israel di bawah Anwar Sadat pada 1979 yang menjadi sumber bantuan tahunan oleh Amerika.
Apa yang pasti, Morsi tidak akan mendapat kuasa yang mutlak seperti ketika pemerintahan Mubarak kerana ia sudah dihadkan oleh pemimpin tentera.
Sama ada perkara itu akan membawa kepada sengketa baru dengan tentera berkemungkinan kerana Ikhwan sudah membantah keputusan Majlis Tentera dalam hal itu.
Pun begitu, kemenangannya memecah tradisi Mesir kerana biasanya dikuasai pemimpin tentera yang menjadi pemimpin negara itu sejak sistem monarki tamat 60 tahun lalu. – Reuters/AP
No comments:
Post a Comment