Pages

Monday, June 25, 2012

Calon Ikhwanul Muslimin menang pilihan raya Presiden Mesir

KAHERAH: Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir mengisytiharkan Dr Mohamed Mursi Isa al-Ayyat sebagai pemenang pilihan raya bebas pertama negara itu, menewaskan pencabarnya, Ahmed Shafiq, malam tadi.
Ahmed adalah perdana menteri negara itu yang terakhir dalam rejim Presiden Hosni Mubarak. Ketua suruhanjaya itu, Faruq Sultan, berkata, Mohamed Mursi mendapat 13,230,131 undi berbanding Ahemd Shafiq, 12,347,380.

Secara peratusan, Mohamed Mursi memenangi 51.7 peratus undi berbanding 48.3 untuk pencabarnya.
Daripada lebih 50 juta pengundi, hanya 51.8 peratus keluar menyertai pemilihan baru-baru ini. Orang ramai berkumpul di Medan Tahrir sambil melaungkan kegembiraan atas kejayaan calon daripada kumpulan Ikhwanul Muslimin itu ketika pengumuman dibuat secara langsung melalui televisyen Kejayaan Mohamed Mursi diperoleh hasil manifesto 80 halaman diperjuangkannya dengan membawa tema “fahaman sederhana” Islam.

Anak petani, Mohamed Mursi memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Southern California pada 1982 selepas menamatkan pengajian peringkat pertama di Universiti Kaherah.

Beliau pulang ke Mesir pada 1985, tetapi dua daripada lima anaknya memiliki kewarganegaraan AS. - Reuters

No comments: