NEW DELHI: Misi empat hari untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang jatuh ke dalam perigi kering di India, tidak berjaya apabila mayatnya dibawa naik oleh perkhidmatan kecemasan, semalam.
Usaha menyelamatkan Mahi Upadhyay, lima tahun, disiarkan secara langsung di stesen berita dan penduduk di seluruh negara melakukan upacara sembahyang mendoakan dia selamat.
Kanak-kanak itu jatuh ke dalam perigi pada 20 Jun lalu ketika bermain dengan rakannya di kampung di Haryana, kira-kira 50 kilometer barat daya New Delhi.
Beratus-ratus anggota tentera, jurutera dan pakar perubatan terlibat dalam usaha menyelamatkannya, menggunakan jentera berat membina terowong selari untuk sampai kepadanya dan mengepam oksigen ke dalam perigi untuk membantu dia terus hidup. - AFP

No comments:
Post a Comment