JAKARTA: Enam puluh lima juta rakyat Indonesia membelanjakan Rp100 trilion (RM 33.24 bilion) untuk membeli 225 bilion rokok setahun.
Menurut Persatuan Doktor Indonesia (IDI), lebih teruk lagi, bilangan perokok di negara itu meningkat 0.9 peratus setiap tahun antara 2000 dan 2008.
Jumlah perokok bawah umur juga meningkat, kata IDI.
Hanya tujuh peratus penduduk antara umur 15 dan 19 merokok pada 1995.
Hanya tujuh peratus penduduk antara umur 15 dan 19 merokok pada 1995.
Pada 2010, angka itu adalah 19 peratus.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini melaporkan, Indonesia mempunyai populasi perokok paling tinggi di dunia selepas China dan India. - Jakarta Post
No comments:
Post a Comment