Pages

Saturday, June 2, 2012

Budak perempuan 8 tahun mati didera bapa

DUBAI: Misteri di sebalik kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dibongkar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Dubai, semalam.
Kanak-kanak itu didera hingga mati oleh bapanya yang turut disertai oleh seorang wanita yang menjalin hubungan secara haram dengannya. Kanak-kanak itu ditanam di kawasan berpasir yang terbiar. Ketua Polis Dubai, Leftenan Jeneral Dahi Khalfan Tamim, berkata, mayat kanak-kanak itu sudah dihantar ke jabatan forensik untuk bedah siasat.

Bapa kanak-kanak itu dan kekasihnya sudah ditahan dan dibawa ke pejabat pendakwa raya Dubai bagi disoal siasat segera.
Dahi berkata, siasatan awal mendapati bapa mangsa dipengaruhi oleh dadah.

Menurutnya misteri kehilangan kanak-kanak itu berjaya diselesaikan dalam tempoh 48 jam selepas laporan mengenai kehilangannya dibuat. - GN

No comments: