CARACAS, Venezuela - Pihak tentera melancarkan satu operasi bagi memusnahkan beberapa landasan kapal terbang rahsia yang digunakan untuk menyeludup dadah ke luar negara.
Dinamakan Boquete (Lubang), operasi tersebut dilancarkan kelmarin di Apure yang terletak 45 kilometer dari sempadan Colombia.
Dalam misi tersebut, pasukan tentera Venezuela menangkap dua individu yang disyaki pengedar dadah.
Mereka turut memusnahkan 36 landasan berkenaan bersama 11 buah pesawat. - AFP
No comments:
Post a Comment