Pages

Saturday, June 2, 2012

Sami sujud dan berdoa sejauh 1,800km



TAM MAN bersujud di sebatang jalan di wilayah Ninh Binh, sekitar 90 kilometer ke selatan Hanoi kelmarin.


HANOI - Seorang sami Buddha, Thich Tam Man melakukan sujud serta berdoa sejauh 1,800 kilometer (km) dengan masa diambil adalah selama 10 jam sehari.
Tam Man yang nama sebenarnya, Le Minh merupakan seorang bekas doktor perubatan. Dia memulakan perjalanannya sejak tahun 2009 dari kuil Buddha Hoang Phap, dekat bandar Ho Chi Minh menuju ke gunung Yen Tu yang terletak 150km ke timur Hanoi.
Lelaki itu akan melutut dan berdoa pada setiap langkahnya. Dia percaya bahawa setiap doa yang dibacanya akan memadamkan kesalahan masa silamnya. Tam Man juga berdoa untuk keamanan dunia.- Reuters

No comments: