Pages

Saturday, June 2, 2012

Rakyat Singapura semakin kaya

SINGAPURA: Rakyat negara ini semakin kaya, di mana lebih ramai menjadi jutawan, tahun lepas, sebaris dengan China dan India, menurut Kumpulan Perundingan Boston.
Terdapat 17 isi rumah jutawan dalam 100 di Singapura, lapor Bloomberg, semalam. 
Ia adalah kenaikan 14 peratus ke 188,000 keluarga, iaitu nisbah tertinggi isi rumah menjadi jutawan dalam laporan tahunan pengurusan kekayaan ke-12, yang mengkaji 63 pasaran di seluruh dunia.

Negara Teluk yang kurang terjejas akibat gelombang demokrasi Arab berbanding negara pengeluaran minyak lain di Timur Tengah, iaitu Qatar mendapat tempat kedua manakala Kuwait mendapat tempat ketiga.

Rakan kongsi Kumpulan Perundingan Boston di Zurich, Peter Damisch berkata, “Ia adalah gangguan pertumbuhan penting yang pertama sejak krisis kewangan.”

“Pasaran baru akan memainkan perasan besar dalam pertumbuhan kekayaan swasta pada masa hadapan,” katanya.

Isi rumah jutawan China juga meningkat 16 peratus kepada 1.43 juta dan India turut melihat kenaikan 21 peratus kepada 162,000.

Jutawan Asia mengimbangi kehilangan kekayaan di Eropah Barat dan Amerika Syarikat, kata Bloomberg.

Bilangan isi rumah jutawan di Amerika Syarikat jatuh sebanyak 129,0000 kepada 5.13 juta.

Sementara Singapura mempunyai nisbah isi rumah jutawan tertinggi, Hong Kong pula menjuarai senarai untuk peratusan bilionair.

Untuk bahagian isi rumah yang mempunyai pendapatan lebih AS$100 juta (RM319.6 juta), Singapura mempunyai 10 isi rumah untuk setiap 100,000, dibelakang Switzerland yang mendapat kedudukan tertinggi untuk 11 isi rumah.

Data juga menunjukkan kekayaan global melonjak pada kadar kompaun tahunan sebanyak hampir 11 peratus daripada 2002 hingga 2007 sebelum krisis kewangan dan pertumbuhan perlahan hutang pasaran ekonomi maju. - Straits Times 

No comments: