Pages

Friday, May 11, 2012

47 mayat nahas Sukhoi ditemui

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


Ketua juruterbang awam Sukhoi, Alexander Yablonstev (kiri) dan juruterbang pembantu Alexander Kochetkov (kanan) bergambar bersama pramugari di sebuah lapangan terbang di Jakarta, kelmarin. - REUTERS
JAKARTA 10 Mei - Sebanyak 47 mayat mangsa nahas pesawat Sukhoi Superjet 100 yang dilaporkan hilang, semalam ditemui petang ini.
Jurucakap Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas), Gagah Prakoso berkata, pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian sekitar lereng Gunung Salak petang ini dan menemui bangkai pesawat dan juga mangsa nahas.
"Kesemua mayat tersebut terpaksa diangkut keluar melalui udara esok (Jumaat) memandangkan proses pemindahan agak sulit," jelas Gagah.
Pesawat buatan Rusia itu ditemui di ketinggian 5,400 kaki di daerah Gunung Salak, Bogor, Jawa Barat
Pasukan mencari dan menyelamat menemui serpihan pesawat itu yang dilaporkan hilang pada petang Rabu yang membawa kira-kira 50 penumpang.
Sehingga petang ini, Agensi Penyelamat Nasional (Basarnas) belum menemui mangsa yang terselamat di sekitar lokasi pesawat itu jatuh.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam kenyataan media di Pangkalan Udara Halim Perdanakusuma di sini hari ini meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi terhadap nahas itu untuk mengetahui puncanya.
Susilo juga mengarahkan Ketua Basarnas, Marshal Madya Daryatmo mengambil semua langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa para penumpang.
Ketua Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan KNKT) Tatang Kurnadi berharap pasukan penyelamat dari Basarnas dapat menemui kotak hitam dari pesawat itu. - UTUSAN

'via Blog this'

No comments: