BALTIMORE, Amerika Syarikat - Seorang pelagak ngeri, Nik Wallenda berjalan di atas kabel sepanjang 91 meter dan setinggi 30 meter merentasi sebuah pelabuhan di sini ini kelmarin.
Dia tidak memakai peralatan keselamatan semasa berjalan di atas kabel itu.
Orang ramai terkejut melihat Wallenda hampir terjatuh sebelum dia menamatkan aksi itu.
Pelagak ngeri itu mengulangi kejayaan moyangnya, Karl Wallenda yang melintasi pelabuhan berkenaan pada tahun 1973. - Agensi
No comments:
Post a Comment