Pages

Saturday, March 17, 2012

Marin ditembak di kepala

myMetro | Marin ditembak di kepala:WASHINGTON: Seorang anggota marin AS disahkan ditembak mati tentera Afghanistan pada Februari lalu walaupun sebelum ini Pentagon mendakwa dia maut dalam operasi ketenteraan.
Ia adalah pembunuhan tentera AS ketujuh oleh sekutunya di Afghanistan dalam tempoh enam minggu.

Lans Koperal Edward J Dycus, 22, ditembak di kepala dari belakang ketika bertugas di pos kawalan bersama AS - Afghanistan di daerah Marja, Helmand, pada 1 Februari lalu.
Bagaimanapun, punca pembunuhan itu tidak didedahkan, tetapi keluarga Dycus berkata, mangsa ditembak tentera Afghanistan.

Sumber tentera berkata, siasatan masih diteruskan.

Kematian Dycus membayangkan masalah ‘pengkhianatan’ di kalangan anggota keselamatan Afghanistan ke atas tentera asing terus berkembang ketika mereka bergelut dengan ancaman militan.

Kematian Dycus menjadi perhatian selepas komander kanan marin AS di Afghanistan, John Toolan, pada 7 Mac lalu berkata Kabul malu akibat “insiden terbaru membabitkan tentera mereka.” “Bulan lalu, seorang lans koperal ditembak mati di kepala dan Menteri Pertahanan Afghanistan berada di sini sehari kemudian bagi membincangkan penahanan penembak terbabit,” katanya.

Suspek diserahkan kepada pihak berkuasa Afghanistan untuk tindakan lanjut. - AP

'via Blog this'

No comments: