Pages

Saturday, March 17, 2012

2 lagi pertuduhan

myMetro | 2 lagi pertuduhan:KUALA LUMPUR: Selepas mengaku tidak bersalah terhadap sembilan tuduhan mencabul kehormatan lapan pelajar perempuan sekolah menengah berumur antara 13 dan 16 tahun di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dua minggu lalu, seorang jurulatih pengakap sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas dua pertuduhan sama.
Tertuduh, Ho Lee Fong, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan minta dibicarakan di hadapan Majistret Azmil Muntapha Abas. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 13 tahun 3 bulan manakala tuduhan kedua pula dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa yang berusia 14 tahun.

Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di Sunway SPK Damansara, dekat sini, pada awal Jun 2011. Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Ahmad menawarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagaimanapun peguam Maurice Scully memohon mahkamah memberikan ikat jamin yang rendah. Mahkamah kemudian menetapkan 19 April ini untuk sebutan kes. Pada 1 Mac lalu, Ho mengaku tidak bersalah atas sembilan tuduhan mencabul kehormatan lapan pelajar perempuan sekolah menengah di bilik stor pengakap di sebuah sekolah menengah di Bandar Sri Damansara di sini, antara April dan Jun 2011.

'via Blog this'

No comments: