Pages

Saturday, March 17, 2012

Jelajah ke dunia Harry Potter

Jelajah ke dunia Harry Potter - Global - Sinar Harian:
Harry Potter
LONDON - Anda tidak memerlukan kata laluan atau buku jampi untuk mendapatkan kebenaran masuk.
Pada 31 Mac ini, Studio Warner Brothers di London memberi peluang kepada muggles (istilah digunakan merujuk kepada manusia biasa yang dilahirkan tidak mempunyai kuasa ajaib) bagi merasai pe­ngalaman sebenar selama tiga jam untuk berada di dalam dunia siri ahli sihir terkenal, Harry Potter hasil tulisan JK Rowling. 

Harga tiket ditawarkan adalah 83 pound (RM398) untuk pakej dua dewasa dan dua kanak-kanak termasuk makanan, minuman percuma serta cendera hati sebagai kenang-kenangan.

Walaupun Warner Brothers dikritik kerana harga tiket terlalu mahal, ia mungkin tidak menjadi masalah buat peminat setia Harry Potter untuk menjelajah dan menyaksikan sendiri seluruh set tiga dimensi (3D) di dalam studio itu.

Syarikat tersebut turut menjangkakan pameran julung-julung kalinya itu akan menarik minat sehingga 5,000 pengunjung sehari.

'via Blog this'

No comments: