Pages

Saturday, March 17, 2012

15 kedai makan disita

myMetro | 15 kedai makan disita:PUTRAJAYA: Taktik pengusaha menggantung ayat al-Quran dan logo halal tidak diiktiraf bagi menarik pelanggan beragama Islam mengundang padah apabila 15 kedai mamak, kopitiam dan restoran disita dalam satu operasi bersepadu Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kelmarin.
Operasi yang bermula pada jam 11 pagi hingga 5.30 petang itu membabitkan 14 anggota penguatkuasaan MPSepang dan lima pegawai penguatkuasaan Jais dijalankan di sekitar Sepang, Cyberjaya, Sungai Merab, Kajang dan Puchong.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa MPSepang, Mohd Azran Musaberkata, hasil operasi mendapati kebanyakan kedai mamak menggantung ayat al-Quran, manakala kopitiam dan restoran yang dimiliki bukan Islam menampal logo halal tidak diiktiraf di depan pintu premis masing-masing.
“Kedai dan restoran berkenaan disita kerana didapati melakukan kesalahan menggunakan logo halal tidak mengikut piawaian iaitu mempamerkan logo yang dikeluarkan badan swasta dan tidak diiktiraf. “Siasatan juga mendapati beberapa premis tidak mempunyai lesen perniagaan sah daripada MPSepang dan ada juga dalam proses memohon lesen perniagaan daripada kita.

“Pemilik premis dikenakan tindakan terhadap kesalahan berkaitan dengan lesen. Bagaimanapun, bagi kesalahan berkaitan logo halal ia masih disiasat di bawah Jais mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 (Perintah Perihal Dagangan),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Azran berkata, tindakan susulan diambil terhadap pemilik lesen selepas pihaknya menyemak lesen perniagaan pemilik kedai terbabit.
Beliau berkata, operasi bersepadu itu dijalankan berterusan bagi membanteras kegiatan pemilik premis yang menyalahgunakan ayat al-Quran serta menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf. “Kami tidak boleh membiarkan perkara ini berlarutan begitu saja, tanpa tindakan susulan kerana khuatir mereka mengulangi perbuatan itu lagi. “Justeru, penduduk di sekitar daerah Sepang perlu sedar mengenai perkara ini dan menyampaikan maklumat kepada kami sekiranya ada lagi pemilik kedai dan restoran mengulangi kesalahan ini,” katanya.

'via Blog this'

No comments: