Pages

Monday, January 23, 2012

Syria tolak pelan baru Liga Arab

DAMSYIK: Syria menolak pelan Liga Arab supaya Presiden Bashar al-Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan menyifatkan usaha itu sebagai "campur tangan terang terangan", menurut televisyen negara itu.

"Syria menolak keputusan yang dibuat di luar rangka kerja pelan Arab dan menganggapnya serangan ke atas kedaulatan negara dan campur tangan terang-terangan terhadap hal ehwal dalaman," menurut seorang pegawai kerajaan Syria seperti dilaporkan saluran televisyen itu.
Liga Arab malam tadi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong pelan baru bagi menyelesaikan krisis di Syria yang bakal menyaksikan Assad melepaskan kuasa kepada timbalannya dan kerajaan perpaduan diwujudkan dalam tempoh dua minggu.
Menurut kenyataan yang dibacakan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al-Thani selepas menteri luar Arab bertemu di sini bagi menentukan kedudukan misi pemerhati mereka, Assad perlu “melepaskan kuasa kepada naib presiden untuk diselaras dengan sebuah kerajaan perpaduan" yang akan ditubuhkan dalam tempoh dua bulan. - AFP Berita Harian Online | Syria tolak pelan baru Liga Arab:

'via Blog this'

No comments: