Ibarra mendukung Guido, ketika sidang akhbar sebelum meninggalkan Pusat Perubatan USC di Los Angeles semalam. |
LOS ANGELES: Salah seorang bayi paling kecil di dunia yang terselamat dibenarkan keluar dari hospital di mana dia menghabiskan hampir lima bulan dalam inkubator, tetapi mendapat layanan sama seperti selebriti Hollywood.
Memakai topi benang bulu merah jambu dengan selimut merah jambu, Melinda Star Guido disambut dengan rakaman kamera televisyen dan jurugambar di luar Pusat Perubatan USC Los Angeles County.
Kini denga berat badan .04 kilogram dan bernafas menerusi satu tiub oksigen sebagai langkah berhati-hati, doktor berkata Melinda sudah banyak mencapai perkembangan untuk membolehkannya dibawa pulang.
Imbasan otaknya adalah normal dan matanya berkembang dengan baik. Dia juga melepasi ujian pendengaran dan tempat duduk bayi dalam kereta yang diperlukan bayi pramatang sebelum dibenarkan pulang.
Namun terlalu awal untuk mengetahui bagaimana beliau dapat membesar dari segi fizikal, namun doktor bercadang memantaunya dalam tempoh enam tahun akan datang.
“Saya optimis namun berhati-hati bahawa bayi itu akan membesar dengan baik, namun ia bukan satu jaminan,” kata Dr Rangasamy Ramanathan, yang merawat bayi pramatang di hospital itu.
Kebanyakan bayi kecil tidak dapat diselamatkan walaupun dengan penjagaan perubatan lanjut. Kira-kira 7,500 bayi dilahirkan setiap tahun di Amerika dengan berat kurang 0.45 kilogram dan kira-kira 10 peratus terselamat. – AP
No comments:
Post a Comment