BEIJING: Seramai 34 wartawan China dipenjara tahun lalu atas beberapa tuduhan, antaranya “cuba menghasut” atau “mendedahkan rahsia negara,” dalam percubaan Beijing untuk mengetatkan lagi kawalan ke atas media di China, menurut sebuah kumpulan berhaluan kanan, semalam.
Kewartawanan penyiasatan di China semakin kuat sejak beberapa tahun lalu, walaupun terpaksa berdepan dengan sistem penapisan yang ketat untuk cuba mengorek maklumat yang boleh menjejaskan Parti Komunis yang memerintah.
Dalam laporan tahunannya, Organisasi Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan (HRW) berkata, “sekatan penapisan terus menimbulkan ancaman kepada wartawan yang membuat laporan melampaui garis panduan rasmi.”
“Tuduhan menghasut, mendedahkan rahsia negara menyebabkan sekurang-kurangnya 34 wartawan China dipenjara,” kata kumpulan itu.
Contoh yang diberikan adalah kes Qi Chonghuai yang pada asalnya dipenjara selama empat tahun pada 2008 atas tuduhan “pemerasan dan mengugut” setelah mendedahkan rasuah dalam kerajaan di wilayah timur Shandong, hukumannya ditambah lapan tahun lagi, tahun lalu.
Laporan itu dikeluarkan beberapa hari sepelas Persatuan Wartawan Antarabangsa berkata, China mengetatkan lagi media pada 2011 selepas orang ramai meminta kerajaan lebih bersifat terbuka dan fenomena kebangkitan rakyat di Timur Tengah.
Tahun lalu, kerajaan China dikejutkan dengan seruan daripada golongan yang tidak dikenali di Internet yang meminta rakyat untuk mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan ala Arab di China yang dikenali sebagai Kebangkitan Jasmin.
Mereka turut resah dalam peralihan kepimpinan yang bakal dilakukan tahun ini. - China Daily

No comments:
Post a Comment