Pages

Monday, January 23, 2012

Rugi RM150,000, tanah tergadai lepas minum air mineral, teh

MUAR: “Sejak minum air mineral dan teh diberi lelaki yang juga sahabat pemilik sebuah warung, hidup saya sekeluarga tidak keruan serta mengikut katanya termasuk menyerahkan wang lebih RM150,000 selain menggadai tanah,” kata Marudin Eshak, 46, mendakwa kerugian lebih RM200,000 ditipu seorang lelaki yang dikatakan menggunakan ilmu hitam terhadap mereka sejak hampir setahun lalu.
Menurutnya, sebelum kejadian dia dimaklumkan lelaki itu pemilik warung dikenali sebagai Salwa memerlukan tukang masak untuk warung makan miliknya di Sungai Mati dan dijanjikan gaji RM50 sehari selain tempat tinggal.

“Berikutan itu, saya meminta isteri, Roohaning Waekaji, 42, yang berniaga di Kuantan, Pahang, berpindah ke sana serta memulakan hidup baru,” katanya.

Menurut Marudin, sejak berkenalan dengan lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Mat, berusia 40-an, di warung itu pada Mac lalu, dia sentiasa mengikut katanya termasuk mengeluarkan wang akaun banknya berjumlah RM50,000 serta menggadaikan sehektar tanah pada harga RM50,000.

Selain itu, menurut Marudin, wang simpanan isterinya yang bekerja sebagai tukang masak berjumlah RM100,000 turut diserahkan kepada Mat.

“Ilmu hitam dikenakan terhadap saya disedari seorang jemaah masjid ketika saya bersolat di Masjid Bukit Treh, Ogos lalu.


Jemaah yang saya tidak kenali itu mengatakan saya sudah teruk dikenakan ilmu terbabit sebelum memberi saya segelas air untuk diminum,” katanya.

No comments: