Pages

Monday, January 23, 2012

26 bayi mati akibat kecuaian staf hospital

KOLKATA: Kira-kira 26 bayi meninggal dunia sejak lima hari lalu di sebuah hospital kerajaan di Barat Bengal.
Pihak hospital di Malda, kira-kira 340 kilometer di utara Kolkata, dikritik hebat kerana cuai dan menurut pegawai kesihatan, kesemua bayi mempunyai berat badan rendah dan beberapa orang daripadanya “sakit tenat.”
Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Bengal Barat, Ranjan Satpathi berkata, “Dua lagi bayi meninggal dunia semalam menjadikan kesemua 26 orang. Kebanyakan daripada mereka terlalu kurus dan menderita asfiksia kelahiran.”

Bayi yang sakit tenat dihantar ke hospital Malda daripada daerah berdekatan dan wilayah Bihar dan Jhakhand, kata Satphati.


Katanya lagi, hospital itu mempunyai 60 katil bayi, tidak cukup untuk menampung kebanjiran pesakit.

“kira-kira 14,000 bayi dimasukkan ke hospital itu sejak tiga bulan lalu,” katanya. - Times of India

No comments: