Tarikh : November 28, 2011
TRIPOLI - Saif al-Islam, anak kepada pemimpin Muammar Gaddafi dijamin akan menghadapi perbicaraan secara adil dan bebas untuk memilih panel peguam belanya sendiri, menurut bekas Menteri Keadilan, Mohammed al-Allagui, kelmarin.
Al-Allagui berkata, Saif akan dibicarakan mengikut standard antarabangsa dan akan diberi hak memilih peguam belanya sama ada dari Libya atau luar negara.
“Perbicaraan itu akan turut dapat disaksikan masyarakat antarabangsa secara rasmi atau sebaliknya. Melalui perbicaraan tersebut dunia akan kembali percaya dengan sistem keadilan di Libya yang selama ini dianggap tidak telus,” menurutnya.
Keputusan tersebut diumumkan selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), pada minggu lalu bersetuju supaya perbicaraan Saif yang didakwa melakukan jenayah kemanusiaan dilaksanakan di Libya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment