RIYADH: Pembantu rumah Sri Lanka yang ditemui tujuh paku dalam tubuhnya berikutan pembedahan yang dilakukan di Hospital Pusat Dammam, Sabtu lalu, enggan menamakan orang bertanggungjawab melakukan jenayah itu ke atasnya.
Menurut sumber, Balsubramaniuam Shashikala, 22, dimasukkan ke hospital oleh majikannya selepas mengadu sakit badan. Doktor yang melakukan pembedahan menemui tujuh paku di dalam tubuhnya.Pegawai Kedutaan Sri Lanka di Riyadh bergegas ke hospital untuk melihat ke mana Shashikala pergi selepas dia dibenarkan keluar pagi berikutnya, lapor Arab News. Sumber berkata, pihak kedutaan menggesa polis mengadakan siasatan penuh terhadap kes itu. Pembantu rumah itu cuma mengingati dia diberi ubat pelali oleh isteri majikannya dan tidak mampu memberitahu apa yang berlaku selepas itu.
Shashikala memberitahu polis majikannya tidak pernah melayannya dengan buruk sejak tiba di negara itu pada 22 Ogos lalu. Dia kini diletakkan dalam penjagaan kedutaan sehingga kes itu selesai.
Minggu lalu, Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka (SLBFE) membayar ganti rugi kepada seorang warga Bahrain untuk membebaskan pembantu rumah wanita Sri Lanka yang mendakwa didera majikan.
Pembantu rumah itu menuduh majikannya memasukkan paku ke dalam tubuhnya. Selepas pegawai SLBFE masuk campur dan meletakkannya dalam jagaan badan bukan kerajaan di Bahrain, dia dilaporkan menarik semula kenyataan.
Majikannya memfailkan kes mendakwa difitnah oleh pembantu rumah berkenaan.
“SLBFE menghubungi warga Bahrain itu dan membayar wang kepadanya untuk menarik balik kes,” kata pengerusi agensi itu, Kingsley Ranawaka.
Pembantu rumah berkenaan yang dibawa balik ke Sri Lanka oleh SLBFE, dirawat di hospital di Colombo kerana sakit perut.
SLBFE mula menyiasat selepas pembantu rumah itu mendakwa didera oleh majikannya.
“Kami menghantar pegawai dari Kuwait untuk menyiasat perkara itu. Selepas pegawai terbabit meletakkan dia dalam jagaan NGO, dia enggan mendakwa majikannya. Dia cuma berlakon supaya dihantar pulang,” kata Ranawaka.
Ranawaka berkata, SLBFE turut menyiasat kes yang berlaku di Arab Saudi kerana sudah menjadi dasar biro itu.
“Apa pun kosnya, kami akan menghantar doktor berkelayakan untuk memeriksa perkara itu dan akan mengambil langkah memfailkan tindakan undang-undang bagi pihak pekerja Sri Lanka,” katanya.
Katanya, membuat tuduhan palsu cuma memburukkan keadaan dan merosakkan imej Sri Lanka.
Katanya, jika pekerja memerlukan bantuan, mereka boleh datang ke biro itu pada bila-bila masa dan pegawai sedia membantu mereka. – Agensi
Berita Harian Online | Paku dalam badan amah:Menurut sumber, Balsubramaniuam Shashikala, 22, dimasukkan ke hospital oleh majikannya selepas mengadu sakit badan. Doktor yang melakukan pembedahan menemui tujuh paku di dalam tubuhnya.Pegawai Kedutaan Sri Lanka di Riyadh bergegas ke hospital untuk melihat ke mana Shashikala pergi selepas dia dibenarkan keluar pagi berikutnya, lapor Arab News. Sumber berkata, pihak kedutaan menggesa polis mengadakan siasatan penuh terhadap kes itu. Pembantu rumah itu cuma mengingati dia diberi ubat pelali oleh isteri majikannya dan tidak mampu memberitahu apa yang berlaku selepas itu.
Shashikala memberitahu polis majikannya tidak pernah melayannya dengan buruk sejak tiba di negara itu pada 22 Ogos lalu. Dia kini diletakkan dalam penjagaan kedutaan sehingga kes itu selesai.
Minggu lalu, Biro Pekerjaan Asing Sri Lanka (SLBFE) membayar ganti rugi kepada seorang warga Bahrain untuk membebaskan pembantu rumah wanita Sri Lanka yang mendakwa didera majikan.
Pembantu rumah itu menuduh majikannya memasukkan paku ke dalam tubuhnya. Selepas pegawai SLBFE masuk campur dan meletakkannya dalam jagaan badan bukan kerajaan di Bahrain, dia dilaporkan menarik semula kenyataan.
Majikannya memfailkan kes mendakwa difitnah oleh pembantu rumah berkenaan.
“SLBFE menghubungi warga Bahrain itu dan membayar wang kepadanya untuk menarik balik kes,” kata pengerusi agensi itu, Kingsley Ranawaka.
Pembantu rumah berkenaan yang dibawa balik ke Sri Lanka oleh SLBFE, dirawat di hospital di Colombo kerana sakit perut.
SLBFE mula menyiasat selepas pembantu rumah itu mendakwa didera oleh majikannya.
“Kami menghantar pegawai dari Kuwait untuk menyiasat perkara itu. Selepas pegawai terbabit meletakkan dia dalam jagaan NGO, dia enggan mendakwa majikannya. Dia cuma berlakon supaya dihantar pulang,” kata Ranawaka.
Ranawaka berkata, SLBFE turut menyiasat kes yang berlaku di Arab Saudi kerana sudah menjadi dasar biro itu.
“Apa pun kosnya, kami akan menghantar doktor berkelayakan untuk memeriksa perkara itu dan akan mengambil langkah memfailkan tindakan undang-undang bagi pihak pekerja Sri Lanka,” katanya.
Katanya, membuat tuduhan palsu cuma memburukkan keadaan dan merosakkan imej Sri Lanka.
Katanya, jika pekerja memerlukan bantuan, mereka boleh datang ke biro itu pada bila-bila masa dan pegawai sedia membantu mereka. – Agensi
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment