TIGA buah kapal nelayan turut musnah terbakar dalam kejadian letupan di Jeti Angkasa Baru dekat Kudat, kelmarin.
KOTA KINABALU: Dua rentung manakala seorang lagi lemas apabila tangki minyak sebuah kapal nelayan yang berlabuh di Jeti Angkasa Baru, di Kudat, kira-kira 200 kilometer (km) dari sini, meletup lalu terbakar, malam kelmarin.
Mangsa yang rentung dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu adalah masing-masing seorang lelaki dan wanita, manakala mangsa lemas adalah wanita yang dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke laut.Semua mangsa berusia 20-an itu yang masih dikenal pasti identitinya dipercayai berada di atas kapal nelayan berkenaan ketika kebakaran berlaku.Kebakaran itu juga menyebabkan empat lagi rakan mereka termasuk seorang wanita berusia di antara 21 hingga 50 tahun yang berada di bahagian luar kapal mengalami cedera parah, iaitu Richard Mohd, 21; Hamid Gabin, 35; Muhd Ayob Buyong, 50 dan seorang wanita dikenali sebagai Mylen Masarap, 27.
Semua mangsa yang mati dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Katanya, siasatan awal mendapati tiga mangsa yang mati dipercayai berada di atas kapal nelayan yang terbakar akibat letupan tangki minyak itu.
Beliau berkata, mangsa pertama iaitu wanita yang mati dipercayai akibat lemas kerana tiada kesan terbakar, ditemui kira-kira jam 6.50 pagi manakala dua mangsa yang rentung termasuk seorang lelaki di temui kira-kira jam 11.30 pagi, tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Semua mangsa yang selamat itu mengalami kecederaan parah selepas bertindak terjun dari kapal dan bot mereka untuk menyelamatkan diri.
“Siasatan awal juga mendapati dua daripada tiga mangsa yang mati dipercayai rakyat Filipina,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment