Pages

Friday, August 26, 2011

Tidak sempat lari



PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi kabel milik sebuah syarikat telekomunikasi di Kampung Sawah Bukit Pelandok, semalam.

Sinar Harian difahamkan tangkapan itu dilakukan pada jam 5 pagi oleh sepasukan polis dari Balai Bukit Pelandok, di sini.

Jurucakap polis berkata, semasa serbuan dilakukan, empat lelaki itu sudah memotong kabel dan sedang menariknya menggunakan motosikal ke kawasan ladang berhampiran.

“Bagaimanapun tiga daripada mereka berjaya meloloskan diri dan lelaki yang tahan itu direman untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, pihaknya juga merampas peralatan dipercayai digunakan untuk memotong kabel selain 200 meter kabel yang dipotong suspek dan sebuah motosikal digunakan suspek untuk menarik kabel berkenaan.

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri.

No comments: