Pages

Friday, August 26, 2011

Ejen Perancis Britain bantu guling Gaddafi dari timur

ZUWAYTINA: Ejen Perancis dan Britain dilaporkan bekerjasama dengan pemberontak Libya di timur negara itu, lapor wartawan semalam.
Berdasarkan maklumat diperoleh, perisik asing itu ditempatkan pusat pemerintahan pemberontak di pusat penapisan minyak Zuwaytina, kira-kira 150 kilometer di barat daya Benghazi.

Mereka dilengkapi peralatan telekomunikasi dan tinggal di dua kontena tidak jauh dari pejabat pemimpin pemberontak di wilayah timur, Fawzi Bukatif.

Sekurang-kurangnya dua perisik Perancis dan beberapa lagi dari Britain beroperasi secara langsung di kawasan itu.

Akhir April lalu, Britain, Perancis, Itali, Mesir dan Amerika Syarikat mengumumkan penghantaran ‘penasihat tentera’ untuk membantu Majlis Peralihan Kebangsaan yang memimpin pemberontakan bagi menjatuhkan Gaddafi. - AFP

No comments: