Pages

Thursday, August 4, 2011

Bapa miliki jantung plastik pertama di Britain



SEORANG doktor menunjukkan jantung plastik yang dipasang dalam tubuh Matthew Green.


CAMBRIDGE - Seorang bapa, Matthew Green yang berusia 40 tahun menjadi lelaki Britain pertama yang hidup tanpa jantung manusia asli, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Green pulang ke rumahnya kelmarin selepas dia menjalani pembedahan untuk memasukkan jantung plastik di Hospital Papworth dekat sini.
Jantung plastiknya itu berfungsi menerusi kuasa yang dibekalkan daripada sebuah mesin.
Namun, mesin itu yang terdapat di dalam sebuah beg perlu dibawanya pada setiap hari tetapi ia amat ringan.

MATTHEW GREEN berjalan bersama anak dan isterinya yang membawa beg mengandungi mesin yang memberi kuasa kepada jantung suaminya yang dibenarkan pulang dari Hospital Papworth, Cambridge kelmarin.


Mesin itu mengandungi saluran tiub yang disambungkan ke jantung plastik Green.
Jantung asli Green digantikan selepas dua injap jantungnya gagal berfungsi.
Dia mempunyai seorang isteri, Gill dan seorang anak berusia lima tahun, Dylan.
Namun, jantung plastik itu tidak direka untuk digunakan bagi tempoh yang lama.
Green akan menggunakan jantung palsu itu sehingga dia menerima jantung manusia yang didermakan orang lain kepadanya. - Agensikosmo

No comments: