Pages

Thursday, August 4, 2011

10 pencuri dibelasah, dibakar penduduk kampung


BANGALORE: Sepuluh lelaki disyaki pencuri dibakar dan dipukul oleh penduduk kampung di Karnataka, selatan India.
“Enam orang rentung selepas kenderaan mereka dibakar di Kampung Yerrakote, kelmarin. “Tiga lagi lelaki dipukul hingga mati,” kata Ketua Polis Karnataka, Malini Krishnamurthy, semalam.

Mangsa ke-10 mati pagi semalam sementara dua lagi masih dirawat di hospital.

Beliau menyifatkan kejadian sebagai bukti masalah pengadilan yang dilaksanakan sendiri oleh orang ramai kini semakin berleluasa.

Polis menahan 71 orang berhubung kejadian itu selepas melakukan siasatan awal.

Mereka yang terbunuh, semuanya berusia antara 20 hingga 30 tahun berasal dari negeri jiran, Andhra Pradesh. Menurut Krishnamurthy, mereka diserang selepas didakwa cuba merompak barang kemas daripada seorang wanita. - APhmetro

No comments: