Pages

Thursday, August 4, 2011

Hutang AS cecah 100 peratus KDNK

WASHINGTON: Hutang Amerika Syarikat meningkat kepada AS$238 bilion untuk mencapai 100 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK)selepas siling hutang kerajaan dinaikkan, menurut data Perbendaharaan.

Pinjaman Perbendaharaan meningkat mendadak selepas Presiden Barack Obama menandatangani undang-undang bagi menaikkan siling hutang negara ketika komitmen perbelanjaan negara mencapai tahap kritikal dan hampir tidak mampu membayar hutang.
Pinjaman terbaru itu menjadikan hutang awam mencecah AS$14.58 trilion, mengatasi tahap KDNK 2010 iaitu AS$14.53 trilion, sekali gus meletakkan AS sebaris negara paling banyak berhutang seperti Itali and Belgium.
Paras rasmi hutang negara dinaikkan kepada AS$400 bilion semalam dan akan meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh 18 bulan akan datang. - AFPbharian

No comments: