Pages

Thursday, August 4, 2011

Pemuda mengaku godam e-mel Cyrus




MILEY CYRUS


NASHVILLE - Seorang penggodam, Josh Holly (gambar kecil) berdepan hukuman 13 tahun penjara selepas dia mengaku bersalah menceroboh akaun e-mel penyanyi Miley Cyrus, lapor sebuah akhbar semalam.
Holly membuat pengakuan itu di sebuah mahkamah di sini kelmarin.
Pemuda berusia 21 tahun itu mengaku memiliki 200 nombor kad kredit curi.
Holly juga mengaku menggodam laman selebriti MySpace bagi membolehkan para pelawat menerima spam.
Satu laman yang menjual nada bunyi telefon bimbit didakwa membayar Holly lebih AS$100,000 (RM297,800) kerana menggunakan khidmatnya.
Hukuman ke atasnya akan diketahui pada Oktober depan. - Agensi

No comments: