TRIPOLI: Satu-satunya lelaki yang dihukum kerana bertanggungjawab meletupkan pesawat Pan Am yang membunuh 270 orang pada tahun 1988, di ruang udara bandar Lockerbie di Scotland, kini koma.
Menurut adiknya, Abdelbaset Ali Mohmet al-Megrahi yang menderita penyakit barah dalam keadaan tenat.
“Dia akan sedar dan kemudian koma kembali,” kata adiknya, semalam.
“Ubatnya telah dicuri orang tetapi sekarang dia sudah mendapat bekalan baru,” kata adiknya Abdel Nasser ketika ditemui wartawan di rumah mewahnya di sini.
Wartawan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumahnya.
Sebelum ini, CNN melaporkan anak Abdelbaset, Khaled berkata, bapanya bergantung kepada ‘bekalan oksigen dan titisan intravena,’ dan dirawat oleh keluarganya.
“Kami hanya beri dia bekalan oksigen. Tiada siapa yang beri kami nasihat,” kata Khaled
“Tidak ada doktor. Tiada sesiapa yang boleh kami tanya. Kami tidak ada talian telefon untuk menelefon sesiapa.”
Tidak dapat dipastikan keadaan Abdelbaset sebenar.
Abdelbaset diberi masa hanya tiga bulan untuk hidup selepas dibebaskan daripada penjara di Scotland atas dasar simpati pada 20 Ogos, 2009. - AFP, bharian

No comments:
Post a Comment