LOS ANGELES – Kehadiran bintang pop, Lady Gaga pada pembukaan Anugerah Video Muzik MTV (VMA) kelmarin menampilkan kelainan apabila dia memakai pakaian lelaki seperti dalam klip videonya, You and I.
Lady Gaga yang cukup dikenali dengan gaya pelik pada tahun lalu memilih untuk memakai baju yang diperbuat daripada daging. Kali ini dia menukar dirinya dengan mengenakan sut lelaki berwarna hitam dan kemeja-T putih.
Dia kemudian menyampaikan lagu You and I sambil diiringi oleh sekumpulan penari dan gitaris rock lagenda, Brian May daripada kumpulan Queen. Gaga meneruskan persembahan dengan menari di atas pianonya, sebelum menggoncang botol dan membuka penutupnya.
Sementara itu, penyanyi Britney Spears pula merupakan selebriti pertama diumumkan sebagai penerima anugerah video pop terbaik menerusi lagu Till the World Ends dalam program yang ditonton secara meluas itu. – Reuters
No comments:
Post a Comment