Pages

Tuesday, August 30, 2011

AS rugi RM133b angkara Taufan Irene

SEBUAH rumah di Pine Creek, Connecticut, tenggelam selepas kawasan perumahan itu dilanda Taufan Irene yang membawa bersama air laut, kelmarin.
SEBUAH rumah di Pine Creek, Connecticut, tenggelam selepas kawasan perumahan itu dilanda Taufan Irene yang membawa bersama air laut, kelmarin.

Kerugian paling teruk akibat bencana alam, aktiviti perniagaan lumpuh

NEW YORK: Amerika Syarikat(AS) berdepan kerugian AS$45 bilion (RM133 bilion) selepas Taufan Irene melanda wilayah pantai timur, bencana alam disifatkan antara yang paling mahal setakat ini, berikutan penutupan aktiviti perniagaan, kehilangan nyawa dan harta benda.
Selepas beratus ribu penduduk meninggalkan Manhattan hujung minggu lalu, Taufan Irene berubah kepada ribut petir berbanding taufan pemusnah tetapi pemilik perniagaan terus menutup kedai mereka kerana bimbang dengan kemusnahan yang mungkin dibawa.
Angka kematian meningkat kepada 21 orang tengah malam kelmarin dan amaran banjir kekal di kebanyakan kawasan manakala pegawai berkata penduduk mungkin mengambil masa untuk meneruskan kehidupan biasa di pusat metropolitan utama seperti New York, kerana sistem pengangkutan ditutup sepenuhnya buat pertama kali berikutan masalah cuaca.

Dalam sidang akhbar, Datuk Bandar, Michael Bloomberg, mengumumkan bahawa arahan pemindahan beratus ribu penduduk akan ditarik balik seawal jam 3.00 petang waktu tempatan.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk supaya tidak memberi harapan tinggi kepada sistem pengangkutan yang belum pulih daripada hujan dan angin kencang.
“Keadaan pasti menjadi sukar. Anda berdepan masalah pengangkutan pada waktu pagi,” katanya.
Profesor Peter Morici dari Universiti Maryland, berkata dianggarkan kos kerugian mencecah AS$45 bilion termasuk AS$20 bilion (RM58 bilion) kerosakan dan kehilangan aktiviti ekonomi selama dua hari.

Selepas melanda New York, Taufan Irene bergerak ke pantai menerusi New England dan menjelang tengah hari pengangkutan awam memulakan operasi semula.

Di WASHINGTON DC, lapangan terbang dibuka semula awal hari ini, kata pegawai manakala syarikat penerbangan American Airlines menyambung kembali penerbangan ke tiga lapangan terbang utama sekitar bandar raya itu.

Sementara itu, kakitangan dan sukarelawan Islamic Relief USA di Washington DC, berkata mereka sudah bersedia untuk bertindak balas kepada sebarang kecemasan berikutan kedatangan Taufan Irene.

Beberapa hari sebelum ini, sukarelawan badan itu menjalani latihan bantuan bencana bagi berdepan kemusnahan yang dibawa taufan itu.

Pekerja bantuan kecemasan pergerakan itu memberikan bantuan kecemasan di Amerika pada masa lalu, dengan terbaru di Alabama selepas puting beliung merosakkan kawasan penempatan, membunuh beratus penduduk dan menyebabkan beribu penduduk kehilangan tempat tinggal di tujuh negeri. – Agensi ,bharian

No comments: