MOTOSIKAL yang ditunggang Mohd. Ismail Yunus tercampak ke dalam longkang di Jalan Beserah, Kuantan, kelmarin. – BERNAMA |
KUANTAN 29 Ogos – Hasrat seorang pemuda untuk pulang beraya bersama keluarga berakhir dengan tragedi apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Beserah di sini semalam.
Semasa kejadian, mangsa, Mohd. Ismail Yunus, 20, menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dari arah Jalan Teluk Sisek di sini menghala ke Kemaman.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik negeri, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman berkata, nahas berlaku kira-kira pukul 5.05 pagi semasa mangsa pulang ke rumah keluarganya di Kampung Bakar Tinggi Kemaman, Terengganu.
“Tiba di lokasi kejadian, dipercayai mangsa yang menunggang sendirian itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum tercampak ke dalam longkang. Mangsa cedera teruk di kepala setelah terkena bucu longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini.utusan
No comments:
Post a Comment