Pages

Saturday, July 16, 2011

Lebih 37 peratus bayi Filipina dilahirkan tanpa nikah

MANILA: Perkahwinan semakin hilang makna bagi kebanyakan rakyat Filipina, apabila semakin ramai pasangan memulakan kehidupan berkeluarga tanpa ikatan perkahwinan, lapor pejabat bancian kerajaan, semalam.

Lebih 37 peratus daripada 1.78 juta bayi yang dilahirkan di negara penganut Roman Katolik di Asia pada 2008 itu mempunyai ibu yang tidak berkahwin. Angka itu adalah 12.5 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan menunjukkan peningkatan dua peratus dibandingkan dengan semua kelahiran.


Semakin ramai rakyat Filipina kini menganggap perkahwinan sebagai pilihan berbanding keperluan bagi memulakan kehidupan berkeluarga, kata anggota unit Pejabat Statistik Kebangsaan, Nene Baligad. Pejabat itu mengeluarkan lesen untuk individu yang ingin berkahwin. “Hari ini, sesetengah pasangan akan hidup bersama dan hanya berkahwin selepas mendapat empat atau lima anak,” katanya. - AFP

myMetro | Lebih 37 peratus bayi Filipina dilahirkan tanpa nikah

No comments: