TRIPOLI: Libya semalam mengecam duta Russia kerana membayangkan Tripoli merancang “pelan bunuh diri” jika pemberontak berjaya menawan ibu negara itu.
Agensi berita Libya, Jana, melaporkan Kementerian Luar negara itu menuntut Moscow memberi penjelasan mengenai kenyataan diplomat Russia, Mikhail Margelov.
Dalam temu bual dengan akhbar Russia, Margelov mendakwa dia diberitahu Perdana Menteri Libya, Baghdadi al-Mahmudi, bahawa kerajaan akan mengumpulkan misil di Tripoli dan meletupkannya jika ia ditawan pemberontak.
Margelov bertemu Baghdadi bulan lalu.
Menurut Jana, kenyataan itu adalah pembohongan.
“Ia tidak menyumbang apa-apa kepada hubungan Libya - Russia atau menggalakkan penyelesaian konflik ketika ini,” lapor Jana. - AFP
No comments:
Post a Comment