Pages

Saturday, July 16, 2011

Republik Sudan Selatan sertai PBB


NEW YORK 15 Julai - Republik Sudan Selatan hari ini menjadi anggota terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan penyertaannya disambut baik oleh negara-negara lain dalam PBB.

Sudan Selatan merupakan negara anggota PBB ke-193.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki- moon berkata, PBB berjanji akan membantu negara baru tersebut yang merupakan antara negara termiskin di dunia.

"Ya, ia merupakan satu tanggungjawab besar, sama seperti potensi negara itu.

"Kami berjanji untuk membantu Sudan Selatan membentuk masa depan mereka, kehidupan yang baik dan kemajuan pada masa depan," kata Ki-moon.

Sudan Selatan mengumumkan kemerdekaan pada Sabtu lalu pada satu upacara di Juba disaksikan berpuluh ribu rakyatnya dan beberapa pemimpin dunia selepas 50 tahun terbabit dalam perang saudara dengan Sudan yang mengakibatkan berjuta rakyat terkorban.

Kemerdekaan negara itu dicapai enam bulan selepas rakyat Sudan di selatan mengundi sebulat suara pada satu pungutan suara untuk berpisah dengan wilayah utara.

Kedua-dua wilayah itu menandatangani perjanjian damai pada 2005.

Berjuta-juta penduduk di selatan telah melarikan diri ke utara ketika perang saudara antara 1983 hingga 2005 dan ramai dan pada tahun ini ramai yang telah pulang ke selatan bagi membangunkan negara baru itu. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

No comments: