Pages

Saturday, July 16, 2011

Pengetua kena berkas

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan pengetua sekolah agama berasrama penuh yang disyaki menjadi kilang bom, semalam ekoran kejadian letupan di dalam kawasan sekolah itu awal minggu ini.

“Polis Nusa Tenggara Barat menahan pengetua sekolah Umar bin Khatab yang dikenali sebagai Abrori,” kata jurucakap Polis Kebangsaan Ketut Untung Yoga Ana. Menurut Ketut, polis menahan Abrori ketika berada di kediaman ibu bapanya.


“Abrori disyaki terbabit dengan kejadian letupan di sekolah itu dan insiden pembunuhan seorang pegawai polis di Bolo. Dia dipindahkan dari Bima ke ibu pejabat polis di Mataram untuk siasatan,” katanya. Rabu lalu, polis dan tentera mengepung kawasan sekolah di bandar Bima, di wilayah Nusa Tenggara Barat itu, dua hari selepas kejadian letupan bom di situ membunuh seorang suspek pengganas. - AFP

myMetro | Pengetua kena berkas

No comments: