Pages

Saturday, July 16, 2011

Ibu gemuk peroleh AS$90,000 setahun



PARA peminat membayar AS$20 untuk melihat Donna Simson makan di laman webnya di internet.


NEW JERSEY, Amerika Syarikat - Seorang wanita yang mahu menjadi ibu yang paling gemuk di dunia, Donna Simpson memperoleh pendapatan sebanyak AS$90,000 (RM269,910) setahun daripada para peminat yang membuat bayaran di online untuk menyaksikan dia makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu itu, Donna Simpson, 44, yamg mempunyai dua anak kini memiliki berat 317.51 kilogram (kg) dan dia perlu menambah berat badan untuk menjadikan ibu paling gemuk di dunia. Donna perlu menambah berat badan sehingga 457.22kg untuk menjadi ibu paling berat di dunia.

Keuntungan daripada laman online yang menyiarkan imej dia makan membolehkannya menyimpan wang untuk membeli makanan yang dianggarkan AS$805.35 (RM2,415.24) seminggu.

Para peminatnya menyaksikan dia makan burger, piza, kek, kentang goreng, daging dan minuman berkarbonat di laman webnya dengan kadar bayaran AS$20 (RM60.14) untuk tempoh 30 hari.

Donna yang menghidap diabetes, jantung dan tekanan darah tinggi kini menaiki skuter khas untuk bergerak selain memakai pakaian saiz XXXXXXXL. - Agensi

Kosmo! Online - Dunia

No comments: