PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah warga asing, mati dengan kesan luka dan lebam di seluruh badan dipercayai menjadi mangsa dera majikannya di Sea Park, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dikatakan dibawa majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya mengarahkan hospital membuat bedah siasat terhadap mangsa sebaik dimaklumkan kematian itu.
Katanya, laporan awal bedah siasat mendapati, terdapat kesan luka dan lebam di seluruh badan mangsa dan cakar di belakang badan, tetapi punca kematian belum dikenal pasti.
“Susulan kejadian itu, polis menahan pasangan suami isteri iaitu majikan mangsa berusia lingkungan 50-an pada jam 3 petang pada hari sama, dipercayai mampu membantu siasatan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
Berita Harian Online | Amah mati dipercayai didera majikanDalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun dikatakan dibawa majikannya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata pihaknya mengarahkan hospital membuat bedah siasat terhadap mangsa sebaik dimaklumkan kematian itu.
Katanya, laporan awal bedah siasat mendapati, terdapat kesan luka dan lebam di seluruh badan mangsa dan cakar di belakang badan, tetapi punca kematian belum dikenal pasti.
“Susulan kejadian itu, polis menahan pasangan suami isteri iaitu majikan mangsa berusia lingkungan 50-an pada jam 3 petang pada hari sama, dipercayai mampu membantu siasatan polis berhubung kejadian itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment