Pages

Wednesday, December 15, 2010

SERANGAN KE ATAS ISLAM

 Serangan sulit ke atas ISLAM


2 Ogos, 1990 – Tentera Saddam Hussein serang Kuwait
Amerika dan sekutunya segera bentuk operasi Desert Shield ….
…… peperangan tidak dapat dielakkan lagi.

17 Ogos, 1991

Desert Shield menjadi Desert Storm (Ribut Gurun)
Jutaan orang saksikan melalui CNN, BBC, Al-Jazeerah,
pemusnahan sistematik ke atas bala tentera negara Iraq…
…oleh satu kuasa bersekutu yang jauh lebih hebat dari segi perancangan,
ekonomi, politik dan teknologi.

Tapi dia hanya seorang boneka, seperti ramai lagi dalam perancangan besar skim penjajah.
Perang Teluk dirancang teliti sebagai batu loncatan yang kemas.
Di sebaliknya, sekumpulan lelaki bergerak secara sulit.
Dari samar bayangan ini, mereka mencipta satu orde politik baru,
orde ekonomi baru – lebih digeruni, satu orde agama baru.

“Yang menjadi pertaruhan adalah lebih daripada sebuah negara kecil….
Ia suatu idea yang baru…. SATU ORDE DUNIA BARU!!!”.
Bekas Presiden US
George W Bush Sr.

Sebenarnya asas kepada pelan global ini tidak dipelopori di White House…
ia pelaksana pada zaman moden saja, tetapi sebenarnya bermula pada suatu peperangan yang lain.
Kali ini tahun 1095.
Tempat: Clermont, Perancis.
Pope Urban II lancar Perang Salib – ke atas Khalifah Islam – peperangan agama
untuk ambil alih Baitulmaqdis daripada kepemimpinan Islam.

Peperangan Salib.
Di sini sekumpulan lelaki ‘sesat larat’ bangkit – manusia yang tak akan berhenti
walau apapun cabaran yang datang.
Mereka datang jauh-jauh dari pusat Eropah ke Baitulmaqdis dengan
satu tujuan – mahu musnahkan Islam dan tawan kota suci itu.
Bertahun-tahun menempuh perjalanan darat dan laut untuk sampai.

20 tahun kemudian Masjidil Aqsa ditawan oleh sekumpulan pahlawan
paderi - Knights of the Temple of Solomon (atau Knight’s Templars).
Kejayaan ini diikuti dengan penemuan sejumlah buku sihir Yahudi purba yang
tertanam di bawah tanah di Baitulmaqdis.
Mereka bawa pulang buku itu dan simpannya di tempat rahsia, amalkan sihir itu secara rahsia.
Mereka hanyut daripada ajaran Kristian sebenar dari sehari ke sehari.
Mereka belajar dan beramal dengan ilmu sihir bergelar Kabbalah, dari kitab sihir
Yahudi Mesir purba yang mereka kutip di Baitulmaqdis semasa penaklukan yang singkat itu.

Apakah dia Kabbalah?

Sejenis sihir Yahudi kuno yang berserta jampi serapah dan amalan-amalan bersama syaitan…
Umumnya ada 5 jenis Kabbalah yang dipanggil Babylonian Magic iaitu Sihir Gematria,
Necronomicon, Kultus Pentagram, Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis.
Kaum Yahudi pelajarinya daripada puak ateis Mesir semasa pengabdian mereka kepada para Firaun.
Kisah ahli sihir Firaun Mesir beriman kepada Allah ada dikisahkan Al-Quran.
Dan mereka menyebarkan ilmu itu ke Iraq semasa pemerintahan Raja Nebuchadnezzar.

Sihir kaum Yahudi dan Bani Israel mencapai puncak pada zaman Nabi Sulaiman,
manusia dan jin bergabung tenaga membangun kerajaan dunia Nabi Sulaiman.
Cincin Nabi Sulaiman hilang sebaik baginda wafat, tetapi ilmu sihir yang
sudah menjadi umum itu dipelajari & diperturun dari generasi ke generasi.
Ilmu sihir Yahudi capai kemuncak pada masa turunnya Harut dan Marut, dua malaikat
yang diberi nafsu dan diuji di atas muka bumi.
Ilmu sihir ini terhapus oleh penaklukan kuasa asing ke atas Yahudi dan bukunya
ditanam secara rahsia oleh ahli sihir purba sehingga Templars temuinya semula lalu hidupkannya kembali.

1307, King Philip dari Perancis menangkap golongan ini dan mendakwa mereka
sebagai penolak Kristian, homoseks, penyembah berhala dan pengamal sihir.
1314, Pope Clement V isytihar semua Templars sebagai sesat daripada ajaran sebenar Kristian.
Mereka sudah ‘murtad’ dari ajaran Kristian asli.
Dalam subjek sejarah, fakta diputar dengan dakwaan mereka yang dihukum mati ini
ialah ahli sains yang menggugat kepemimpinan mutlak gereja dan raja.
Konon paderi dan raja menolak kemajuan sains, dan rasai kuasa mereka tergugat. Benarkah?
Tentulah tidak! Sejarahwan Barat ahli Masons, mudah saja putar sejarah.
Mereka itu semuanya ahli sihir Kabbalah. Semua harta benda mereka dirampas.
Pemimpin utama mereka, Jacques de Molay dibakar hidup-hidup.
Berakhirkah golongan Templars ini?

Scotland menjadi kubu baru Templars – sebuah negara yang berperang untuk
merdeka daripada England.
Kematian William Wallace (wayang Brave Heart) of Scotland disangka mengakhiri
perjuangan kemerdekaan.
Tetapi Raja Scotland, Robert de Bruce gunakan Templars sebagai senjata sulit baru…
… sebuah tentera veteran yang berperang 200 tahun menentang Islam.

Pada 1314, 25,000 pahlawan Inggeris tumpas malu di tangan hanya 6,000 orang pengikut Templars.
Puak Templars mara menguasai Scotland dengan cara mengawal raja-rajanya.
Tentera Templars yang mati disemadikan di Rosslyn Chapel, Scotland.
Lambang kehormatan tertinggi atas kegigihan para pendahulu Templars.

Scotland dijajah sepenuhnya oleh puak Masons ini.
1603 Queen Elizabeth I mangkat tanpa pewaris kepada sistem Raja British.
Puak Masons ambil kesempatan ini.
King James V dari Scotland menjadi Raja.
Scotland / England bergabung dan kekuasaan Templars merebak ke seluruh Great Britain.

Lebih 100 tahun Masons sembunyikan aktiviti mereka.
Di England mereka merancang, kumpul tenaga dan menyelinap masuk ke kunci kekuasaan negara.
1717, Templars muncul semula di Eropah, semakin kuat.
Cabuli kuasa Raja Inggeris dan kebangsawanannya.
Cipta satu identiti baru – bebas daripada belenggu nama yang lama.

Nama baru mereka ialah - Freemason.

Freemason itu mungkin nama baru dan mungkin juga nama lama,
tetapi sejarah Freemason bermula sejak dari zaman kuno lagi.
Diakui sendiri oleh seluruh organisasi Yahudi sesat hari ini, pengasas & contoh
pemimpin Freemason terbaik ialah Namruz, raja besar yang menentang Nabi Ibrahim!

Mereka pantas mendapat penghormatan daripada masyarakat umum.
Daripada Frederick, the Prince of Wales…
…kepada Putera Philip the Duke of Edinburgh, kini suami kepada Ratu Elizabeth II,
yang juga penaung utama kepada gerakan Masons.

Kurun ke-18 Perancis – jurang kaya & miskin sangat ketara.
Freemasons guna isu itu untuk cetuskan Revolusi Perancis.
Mereka cipta perang propoganda yang sistematik.
Manipulasi sistem media.
Media akhbar berkempen untuk tamatkan sistem beraja & menjulang sistem
berdasarkan kebebasan, perundangan dan keagungan.

Rumah ‘hantu’ rahsia dibuka kepada pemimpin tentera Perancis – diracuni dengan ideologi Masonic.
14 Julai, 1789 satu kumpulan serang the Bastilles, sebuah penjara di Paris.
Rusuhan terhadap kekuasaan raja Perancis cetuskan perang saudara di seluruh negara.
21 Januari, 1793 King Louis XVI dipancung di depan rakyat – bermulalah sebuah negara
taklukan Masonic di Eropah.

Napoleon Bonaparte mencabar Freemasons – gelar diri Maharaja Perancis.
Napoleon dipaksa berundur pada 1814. Dibuang ke Pulau Corsica.
1815, Napoleon kembali ke Paris untuk mulakan peperangan baru.
Britain dan sekutu Masonic tidak mampu perangi Napoleon berpanjangan… takut bankrap.
Mereka perkenalkan pelobi Yahudi bernama Nathan M Rothschild.

Rothschild tawar pinjaman kepada Britain. Syarat: hak saksama untuk orang Yahudi
setaraf bangsa Eropah, dan untuk berniaga dengan bebas.
Kalau Masons tolak, wang Yahudi boleh pergi kepada Napoleon.
1815, tentera Britain, Belanda dan Prussia tewaskan tentera Napoleon di Waterloo, Belgium.
Napoleon ditawan.
Perancis jadi hak mutlak golongan Masonic.

Pada 1904, Mark Ray de Rassembo, seorang Freemason berucap pada
Dewan Rakyat Perancis yang penuh :

“Freemasonry telah bergerak secara sulit tetapi istiqamah untuk menyediakan revolusi ini.
Maka kita dengan ini bersetuju bahawa hanya-sanya Freemasonry lah perancang revolusi
ini dan tepukan yang saya terima dari sebelah kiri, yang mana saya tidak biasa dengannya,
membuktikan kepada tuan-tuan, bahawa Masonry lah yang telah menjadikan
Revolusi Perancis…"

Pendatang Amerika tiba di Plymouth Rock. Bawa unsur Freemasonry Eropah bersama.
Masons guna pengalaman di Perancis untuk tentang rejim British zalim dalam usaha
membentuk sebuah negara yang baru.
Perang kemerdekaan Amerika satu keperluan. Nyawa mangsa tiada harga berbanding
cita-cita Masons untuk bolot tampuk kekuasaan.
Emosi rakyat ditiupkan menjadi kemarahan… bertukar jadi perang.

Masons pastikan pemimpin Amerika sendiri adalah seorang Mason.
Beliau adalah George Washington – seorang Freemason tulen.
4 Julai, 1776, Pengisytiharan Kemerdekaan.
17 Oktober, 1781 British kalah, serah jajahan baru kepada orang Amerika.
Terbentuklah sebuah negara Masonic asli pertama di dunia.
Yang mewakili Masonry dari semua segi.

Kehadiran Masonic dapat dilihat pada wang kertas Amerika.
Gambar George Washington, presiden Freemason pertama di dunia.
Gambar Freemason bergelar si maha melihat “mata satu” (sebelah belakang wang kertas).
Mata tunggal di atas piramid terpotong.
Hari ini Freemason menyerahkan pula segalanya kepada Illuminati, yang sekarang ini
menjadi induk kepada Freemason sendiri dan beberapa cabang lain pergerakan
Yahudi yang menggerakkan organisasi Dajjal.
Organisasi Illuminati jauh lebih kemas dari Freemason sendiri. Semua bentuk pergerakan
Dajjal kini disusun & diselenggara di bawah Illuminati.

Apa dia senjata utama golongan Freemasons ini?
Jawapan:
Pengawalan dan manipulasi pemikiran politik untuk menguasai negeri dan negara.
Bilamana golongan raja dan politikus dikuasai, undang-undang dan struktur politik
boleh dipinda mengikut agenda mereka.
Sebanyak 14 orang bekas Presiden Amerika disyaki merupakan ahli Freemasons atau
pengamal ritual Illuminati.

Apakah yang menjadi cabaran kepada Freemasons hari ini?
Jawapan:
Ugutan utama ke atas rancangan mereka, lebih ditakuti daripada mana-mana tentera
atau undang-undang, ialah ugutan minda yang bebas dari rasa cengkaman.
Freemason sedar agenda untuk bina sebuah “Kerajaan Dunia” bergantung sepenuhnya
kepada ketundukan orang ramai kepada agenda mereka. Maka golongan ini mesti dimusnahkan.
Untuk tujuan itu, Masons merancang satu pelan tindakan berani pernah
difikirkan – kekuasaan sepenuhnya terhadap seluruh aspek kehidupan manusia.
Kehidupan anda.

Senjata mereka ada dalam rumah kita sendiri – menghibur kita dan ahli keluarga,
mengindoktrinasi sikit demi sikit.
Media moden seperti TV, pawagam, mainan komputer, internet, fiksyen popular, muzik terkini.
Semua menyediakan ruang lingkup imbasan maklumat yang luas yang kita jerap secara
sedar atau separa sedar ke dalam minda.

Mana satu kumpulan yang dapat mengawal maklumat media ini akan berkuasa
mengindoktrinasikan dunia ke arah hala tuju mereka...
Dan ini fakta yang puak Freemasons sedang gigih berusaha untuk buat.
Masons guna industri hiburan khusus untuk tundukkan masyarakat ke arah cara fikiran mereka.
Secara terbuka ataupun berselindung.

Bukti kewujudan Masonic berjebah dalam industri hiburan popular.

Penggubah klasik terkenal, Wolfgang Amadeus Mozart adalah Freemason.
Cipta satu tema popular yang agungkan Masonry. Cerita petikan daripada mitos Mesir kuno.

Michael Jackson, raja pop dunia yang kini sudah arwah.

Album “Dangerous” ada ciri-ciri Freemasonry dengan simbol “mata satu.”
Memang ia bukan kerja MJ, tetapi tangan-tangan utama di balik penerbitan albumnya.
Kulit album – orang botak, Aleistair Crowley – seorang Illuminati, pemuja syaitan.
Penulis buku “The New Law of Man” yang dia dakwa satu hari bukunya itu nanti akan
ganti Quran sebagai ikutan manusia.

Backtracking (pasang lagu terbalik) adalah sejenis pemukauan (hypnotism) atau
basuh otak (brainwashing).
Berupaya merosak akidah manusia.
Madonna – lagu Like A Prayer bukan memuji tuhan tetapi syaitan.
Bila lagu diterbalikkan, jelas perkataan “o’heare satan” boleh didengar.
Madonna sendiri adalah ahli kepada sebuah gereja Illuminati Yahudi di New York.
Klip video lagu Madonna tunjukkan dia berpakaian jubah hitam (pakaian rasmi Kabbalah);
dengan gincu hitam, celak hitam & celak kuku hitam; di pinggir pantai,
mampu bertukar rupa dari manusia ke gagak hitam, awan hitam, asap hitam,
puja bintang Orion, jadi ghaib, jadi anjing hitam dan tarian pemujaan
(untuk syaitan) – dunia gelap adalah indah, lambang dunia milikan syaitan.

Petikan lagu: Like A Prayer
I hear your voice, it's like an angel sighing
I have no choice, I hear your voice
Feels like flying
I close my eyes, Oh God I think I'm falling
Out of the sky, I close my eyes
Heaven help me
When you call my name it's like a little prayer
I'm down on my knees, I wanna take you there
In the midnight hour I can feel your power….

The Eagles - Hotel California.
Perkataan “yes satan” boleh didengar jelas bila lagu diterbalikkan.
California St. di San Francisco California. Markas utama Church of Satan.
Diketuai dan diasaskan oleh Anthony Szandor LaVey, penulis the Satanic Bible
Ajaran sesat gereja ini jadi akidah utama ramai personaliti terkenal di bidang
hiburan – bukti betapa kuat pengaruh Illuminati.

Petikan lagu: Hotel California
Mirrors on the ceiling
Pink champagne on ice
And she said
We are all just prisoners here
Of our own device

And in the master's chambers
They gathered for the feast
They stab it with their steely knives
But they just can't kill the beast
Last thing I remember
I was running for the door…

Penyanyi utama kumpulan The Rolling Stones – Mick Jagger.
Tulis lagu “Sympathy For the Devil”.
Mulanya pergerakan Kristian bertukar jadi murtad serta sesat, walaupun untuk
orang Kristian sendiri.
Dan kini digula-gulakan dengan pemujaan syaitan pula - Illuminati.

Penyanyi belia paling popular 2010 – Justin Bieber.
Nyanyi lagu hit “Baby” dan “Never Say Never”.
Lirik lagu “Baby” jika diterbalikkan jelas sebut pemujaan kepada syaitan – 3 kali.
Dia sebut Hell Yeah My Nig*As, Satanic New World Order; New Shirt; the sea of bodies dead,
the stinking sh*t, oh I’m the evil one, war, let me in.
Dan dia juga memberi tabik syaitan dalam beberapa gambar – dilihat sengaja berbuat demikian.
Cuba buktikan dialah pemimpin muda Illuminati.

Matt Groening, pencipta The Simpsons mengakui dirinya seorang anarkis.
Secara terbuka mahu guna kartunnya untuk menyampaikan idea politiknya. Supaya senang
orang dapat menerimanya.
Apakah Simpsons ajar kita dan anak-anak?

Pelajaran The Simpsons:
Usah pedulikan kekuasaan, baik dari ibu bapa atau pemerintah.
Sikap kurang ajar dan membantah adalah cara untuk mendapat penghormatan.
Kebodohan adalah tersohor dan cool.
Menuntut ilmu sesuatu yang tidak ikut fesyen.

Bapanya, Homer Simpson jadi taksub dengan kumpulan yang baru
disertainya – the Stonecutters (Freemasons?).
Tanda lahir di tubuhnya menandakan dia adalah “the chosen one” (yang terpilih)
Tapi Homer Simpson perbodohkan diri sendiri hingga anggap dirinya itu adalah tuhan!
“….i’ve always wondered if there is a god. Now I know, there is. And it’s me!!”.

Berjebah cerita kartun dan filem mega dijadikan alat sebarkan simbol, amalan & pemikiran
Freemason/Illuminati.
Tanda piramid terbalik ada pada lambang Superman dan kepala tali pinggangnya,
filem Iron Man 2 ada lambang piramid bercahaya di dada. Dalam filem Iron Man 1,
lambang bercahaya itu berbentuk bulat.
Muka watak kartun Fineas & Ferb juga berbentuk piramid terbalik.
Lagu SpongeBob SquarePants musim ke-4 bertajuk “Best Day Ever” tunjuk adegan
SpongeBob ‘ditawaf’ oleh rakan-rakannya ikut cara pemujaan syaitan.
Lihatlah dalam Youtube.

Rudyard Kipling, penulis “Jungle Book” seorang Freemason.
Telah tulis “The Man Who Would Be King”.
Kisahkan 2 orang askar jelajah ke pinggir hutan India.
Ditangkap penduduk sana - the kaffirs – bersempena nama negeri itu Kafiristan.
Rantai di leher salah seorang askar itu ditemui dengan ukiran simbol masonic ‘one-eye’.
Puak kafir anggap dia tuhan mereka.
Orang itu mulanya jadi raja, kemudian rasa dialah tuhan!

Hadis yang merupakan kata-kata dan ajaran Rasulullah banyak perkatakan hal sebegini
yang telah difilemkan.
Diperkatakan akan bangkit seseorang dari golongan kafir yang akan dikenali dengan matanya yang satu.
Dia akan dinobatkan sebagai pemimpin agung dunia dan bergelar raja, kemudian bergelar tuhan pula.
Dan dia akan kelihatan kuat dan kebal sehingga tiba waktu yang dijanjikan oleh Allah.
Setelah mana orang yang beriman diasingkan daripada yang syirik dan murtad.

1996, filem Independence Day pecah semua rekod, filem ke-7 tertinggi.
Kononnya bumi diserang makhluk asing.
Mesej separa sedar tindakan kehadiran Freemason dan agenda tersembunyi mereka.
Pusat tentera Area 51 di mana serangan dilancarkan untuk selamatkan bumi.
Pintu masuk Area 51 berbentuk piramid, dengan ukiran simbol “mata satu”.
Amerika sebagai hero utama serang balas – serangan yang dicipta, kawal dan perintah
oleh satu orang, satu pemimpin tunggal.

Freemason guna pelbagai cara takutkan masyarakat… agar mereka minta perlindungan tambahan.
Wujudkan keperluan keselamatan – yang hanya boleh dipenuhi oleh kerajaan gabungan
dunia yang melindungi hak manusia sejagat.
Ronald Reagan: “…Kekadang saya terfikir macam mana pantasnya perbezaan peringkat globaI
antara kita akan terpadam seandainya kita menghadapi satu tentangan daripada makhluk asing.
Dan saya bertanya anda, tidakkah makhluk ini sudahpun ada bersama-sama kita?...”

Taktik Masons… biarkan kadar jenayah meningkat, cetuskan kebimbangan keselamatan
diri dan negara.
USA bermasalah besar perangi masalah dadah – akibatnya kadar jenayah tidak terkawal.
Kemarahan awam telah diolah sebagai keizinan kepada kerajaan untuk guna taktik terbuka
dan rahsia untuk perangi gejala dadah untuk penuhi kehendak suara ramai.

Bagaimanapun ada fakta meragukan tentang cara perang dadah Amerika yang kini timbulkan
tanda tanya tentang perkara-perkara tersirat dan motif sebenar kerajaan.
Tahun 1960-an – dipercayai J. Edgar Hoover, bekas pengerusi FBI, membenarkan dagangan
bebas dadah kalangan kulit hitam Amerika dengan niat meruntuhkan kebangkitan mereka
dalam tamadun masyarakat Amerika.

Pendedahan oleh bekas Senator Amerika, Jack Bloom dari California yang sertai
jawatankuasa penyiasat ke atas Perang Contra membenarkan sangkaan ini.
“Alasan tidak berasas yang diberikan oleh FBI dengan menggunakan dadah untuk melemahkan
golongan Afro-Amerika pada zaman 60-an adalah kononnya kebangkitan kulit hitam itu
disengajakan oleh pihak komunis untuk melemahkan penglibatan Amerika di Vietnam…”

1980-an – ancaman komunis untuk menawan Amerika Tengah. Wang perlu untuk biayai
gerakan penentang komunis.
Untuk itu, CIA benarkan dadah diniagakan di Amerika.
Semasa Perang Contra 1980-an, kambing hitam yang ditunggang untuk halalkan kemasukan
bebas dadah ke Amerika adalah sekali lagi komunis.

Tapi hari ini komunis terhapus. Perdagangan dadah antarabangsa masih aktif – Kenapa?
Petikan: “Semasa Perang Contra, AS mengalih polisinya dan meninggalkan perangnya terhadap
dadah, dan mengalih pandangan kepada cara-cara untuk menggalakkan pengedar dadah
membawanya masuk ke Amerika, dan membenarkan perdagangan ini untuk berkembang, dan
menggunakan hasilnya untuk membantu pergerakan Contra dan membiayai peperangan itu”.

Kini operasi besar-besaran trans-Atlantik dan Amerika-Latin Amerika dibuat untuk bendung
gejala dadah. Nanti – akan ada permintaan untuk penyerangan yang kuat di peringkat global.
Pembohongan fakta dan penggunaan statistik yang direka dan berat sebelah adalah alat-alat
kepada kerajaan-kerajaan Freemason hari ini.
Juga menimbulkan permintaan awam terhadap keselamatan nasional dan global, peningkatan
kadar jenayah, salah guna dadah, dan peningkatan ancaman terorisme, semuanya bertumpu
kepada usaha mengawal manusia ramai.
Freemason memanipulasi kemajuan teknologi. Agar setiap pergerakan individu boleh dipantau,
kawal dan rakam. Maklumat menjadi kunci mereka.

Pembohongan yang jelas & menindas imej Islam ialah kewujudan Al-Qaeda, organisasi Islam
ekstrem yang dikononkan bergerak di sempadan Pakistan dan Afghanistan. Walhal rakyat
tempatan pun tidak pernah tahu-menahu tentang wujudnya pasukan yang didakwa wujud itu.
Bagaimana CIA lebih tahu daripada penduduk tempatan dalam hal ini?
Pemimpinnya Osama bin Laden sendiri dipertikaikan wujud, malah dikatakan ada ejen CIA yang
disamarkan sebagai Osama. Kegagalan AS yang dibantu pasukan elit Pakistan dan tentera Pakistan
mencari dan menangkap Osama sejak bertahun-tahun timbulkan keraguan yang besar.
Al-Jazeera sendiri mempunyai hubungan rapat dengan CIA dalam menyebarluaskan fakta bohong
dan auta tentang Al-Qaeda dan Osama. Penuh terancang & berterusan.
Bukti? Yang AS perangi selama ini ialah Taliban, bukannya Al-Qaeda. Yang mati dibunuh ialah tentera
Taliban, bukannya Al-Qaeda. Di mana Al-Qaeda? Fikirkan baik-baik!

Pengawalan masyarakat umum, penyimpanan semua maklumat peribadi dan masyarakat ke dalam
satu pangkalan data induk sedang rancak berjalan.
Maklumat peribadi dalam plastik – maklumat bank, lesen memandu, insurans – akan disimpan
dalam satu kad pengenalan.
Akibatnya: pemantauan rapi mengenai setiap pembelian dan transaksi serta maklumat individu
hanya dengan menekan beberapa butang.

1992, Timbalan Canselor Mahkamah Agung Britain, Nicholas Brown Wilkinson memberitahu
Mahkamah Tinggi bahawa:
“…kalaulah maklumat yang diperolehi oleh polis, hasil dalam negeri, perkhidmatan sosial,
kesihatan dan agensi-agensi lain dikumpulkan bersama ke dalam sebuah fail, kebebasan
seseorang itu akan menghadapi risiko yang amat tinggi”.
Satu kad pengenalan – pemantauan lebih rapat, pembentukan profil psikologi lengkap ke atas
setiap individu dalam masyarakat.
Maklumat yang akan memudahkan untuk meramal, kawal dan memanipulasi tindakan
seseorang atau sekumpulan orang.

Bagaimana Freemasons mengintip transaksi tunai anda?
Jawapan:
Desakan kuat untuk gantikan urusan wang tunai dengan cara elektronik sepenuhnya
menggunakan kad.
Trails & Swindon memperkenalkan kad pintar dan wang elektronik di peringkat kebangsaan di UK.
The Mondex scheme dipelopori oleh Natwest Midlands Bank dan BT – langkah pertama Britain
ke arah kad pintar.

Pemantauan identiti akan gagal untuk pastikan lokasi seseorang dengan tepat pada setiap ketika.
Jadi, perlu alat pengesan yang boleh dipakai dan mengenal pasti lokasi seseorang di mana saja
dia berada di dunia ini.
Alat Mikrocip Pengesan serba guna atau susuk elektronik akan dimasukkan ke bawah kulit tubuh.
Alat ini akan hantar isyarat kepada satelit orbit rendah yang akan kesan dan kenal pasti
kedudukan semasa seseorang itu.
Masa kini, intipan lebih mudah dengan adanya teknologi GPS, yang memberi maklumat
masa-sebenar (real-time) kepada pihak risikan dan pentadbiran – melalui teknologi
laptop/telefon mudah alih yang kita gunakan.

Kaedah lain: penandaan elektronik, analisis DNA, sistem pengesahan "biometrik“ berasaskan
retina mata atau cap jari dan jejakan bau unik pada badan seseorang.
Pada Jan-Nov 1999, 14,464 banduan di UK bebas awal dengan pengesan mengikut skim
Tahanan Di Rumah menggunakan alat pengesan.
Jabatan Penjara sahkan skim itu 95% berjaya.

Penggunaan laman web yang berasaskan permainan dalam talian (online games) dan laman sosial
kian popular.
Hampir separuh pengguna internet seluruh dunia mempunyai akaun Facebook pada 2010
(500 juta akaun pada Julai 2010).
Laman sosial lain juga mempunyai peranan yang hampir sama.
Maklumat, rekod sekolah, rekod kerja, gambar, mesej, pemikiran, chatting & idea kita ada dalam
laman sosial. Mudahkan pihak risikan Barat ambil & eksploitasi untuk kepentingan mereka,
tanpa kita sedar.
Setelah Facebook pernah di ‘hack’, Mark Zuckerberg, bilionaire muda pemilik Facebook
(seorang keturunan Yahudi-Amerika)
tidak pernah memohon maaf secara bersungguh kepada semua penggunanya.
Seolah-olah dia merestui tindakan ‘hack’ itu.

Dianggarkan ada 48 buah satelit pasakan global dalam orbit yang dipakai AS dan sekutunya.
Satelit ini bertindak dengan signal yang masuk dan menyalur maklumat tepat kepada punca signal
untuk tentukan posisinya.
Sekarang alat ini dilekap pada kapal perang, kereta perisai, pesawat pejuang dan peralatan
mudah alih untuk tujuan pengesanan yang tepat.

Dengan manusia berada dalam pemantauan mereka, puak Freemasons kini boleh bergerak pantas
dengan perancangan dominasi global, memanipulasi penduduk dunia untuk capai cita-cita mereka.
Freemasons mesti mengorak langkah untuk penyatuan menyeluruh ekonomi global, perundangan
global dan kesatuan politik, lebih-lebih lagi penyatuan menyeluruh ketenteraan global
(complete global military union).
25 Mac, 1957, European Economic Community (EEC) dibentuk – langkah awal untuk
membentuk kerajaan global.
Sejak itu, EEC jadi tapak ujian untuk orde baru dunia (a new world order). Dengan termaktubnya
perjanjian pergerakan bebas antara sempadan, kargo dan manusia boleh bergerak bebas dalam
lingkungan “kerajaan global awal” ini. Yakni EU…

Apakah perancangan di sebaliknya?
Jawapan:
Teraju utama di komuniti masyarakat Eropah adalah Britain, Perancis dan Jerman. Britain dan
Perancis telah lama menjadi negara-negara taklukan Masonic.
Semasa Perang Dunia ke-2, Jerman dijajah seluruhnya oleh Britain, Perancis dan Amerika – tiga buah
negara Masonic – dan Soviet Union.
Sektor Jerman yang dikawal oleh ketiga-tiga negara tersebut – negara-negara Masonic – membentuk
identiti politik berasingan bernama Jerman Barat.
Dengan runtuhnya Tembok Berlin, Jerman Barat ambil alih Jerman Timur.

Hanya Amerika dan Mexico menganggotai NAFTA (The North American Fee Trade Agreement).
Namun, negara-negara selatan digesa menyertai pertubuhan itu.
Dengan negara peneraju utama Masonic di Eropah dan Amerika tertubuh kukuh,
kesatuan global menjadi lonjakan yang lojik dan mudah diterima pakai.

Menjelang 1970-an, bilangan bangsa Eropah dan kulit putih Amerika telah merudum.
Percambahan penduduk di negara-negara Ke-3 bakal menggugat teruk keselamatan
negara-negara Masonic.
Jurang antara populasi Barat dan Negara Ke-3 mesti dirapatkan untuk memulih ketuanan
Barat – ketuanan Masonic.

1970-an Presiden Jimmy Carter melancarkan laporan Global 2000.
Laporan salahkan hampir kesemua permasalahan dunia ke atas pertumbuhan penduduk bukan
kulit putih.
Juga syorkan penghapusan sekurang-kurangnya 2 bilion manusia di negara ke-3 daripada
muka bumi menjelang tahun 2000 demi mengembalikan ketuanan Barat.

Juga di 1970-an, wabak AIDS bunuh ramai manusia di negara ke-3 dan masyarakat kulit hitam
dan hispanik yang berkembang di Amerika.
Dikatakan virus ini berasal dari Monyet Hijau (Green Monkeys) dari Afrika.
Cerita ini hanya wayang kulit.
Pada 2 Jun, 1988, The Los Angeles Times siarkan artikel yang nafikan virus AIDS datang
daripada Monyet Hijau.

Ia berikan bukti yang komposisi DNA AIDS langsung tidak menepati DNA Monyet Hijau.
Telah terbukti virus AIDS tidak boleh ditemui dalam alam semula jadi, dan hanya boleh hidup
dalam sistem biologi manusia.
Jika virus ini tidak wujud dalam alam buana, dari manakah ia datang?

4 Julai, 1984, akhbar New Delhi bernama “The Patriot” mencetak artikel – pendakwaan sulung
yang lengkap bahawa AIDS adalah agen senjata perang saraf counter-biology.
Seorang pakar antropologi Amerika dipetik sebagai mendakwa yang AIDS ialah kuman genetic
buatan yang diusahakan oleh tentera Amerika di makmal biologinya di Fort Detrick,
di Bethesda, Maryland.
30 Oktober, 1985, jurnal Soviet ulangi dakwaan yang dibuat oleh akhbar The Patriot,
menjadikannya kontroversi antarabangsa.
Masonic Barat menolak semuanya sebagai angkara subversif komunis.

Namun, pada 26 Oktober, 1986, Sunday Express menjadi akhbar barat pertama memuat muka
depan pengesahan hasil kajian oleh akhbar India dan Soviet itu dengan
tajuk – “AIDS DIBUAT DALAM MAKMAL” (AIDS MADE IN LABSHOP).
Pakar-pakar perubatan disegani, Dr John Seal dan Profesor Jacob Seagall, bekas pengarah
Institute of Biology di Berlin University merumuskan yang virus AIDS adalah BUATAN MANUSIA.

Wabak AIDS dikaitkan dengan program vaksinasi seluruh dunia.
Akhbar antarabangsa terhormat London Times pada 11 Mei, 1987 memuat di muka depan
sebuah artikel bertajuk “vaksin cacar sebabkan AIDS".
Ia buktikan korelasi terus (direct correlation) antara vaksin cacar kendalian
World Health Organization (WHO) kepada kira-kira 50-70 juta manusia di negara-negara
benua Afrika Tengah dan ekoran merebaknya wabak AIDS di wilayah itu.

WHO adalah sayap perubatan kepada Bangsa-banga Bersatu (UN).
Bukti mengesyorkan yang AIDS adalah virus perencanaan genetik yang disebarkan melalui
program vaksinasi di Dunia Ke-3.

Selesema burung (birds flu) dan selesema babi (influenza A) adalah rantaian terbaru usaha
Mason ini di seluruh dunia, pada 2008 dan 2009.
Kedua-duanya lebih sadis dan amat cepat merebak, pantas pula meragut nyawa.
Kedua-dua selesema ini merebak dengan amat mudah dan membunuh dengan pantas,
berbanding AIDS yang memakan masa lama dan amat menyeksakan sebelum mati.
Hingga kini, sudah ratusan ribu nyawa terkorban di seluruh dunia, oleh kedua-dua jenis
selesema buatan ini, khasnya di negara Dunia Ke-3.
Ada dakwaan yang tidak pernah dinafikan dengan telus bahawa kuman-kuman selesema
burung dan selesema babi dicipta di makmal tentera di China dan Mexico.

Perang kuman yang dilancarkan terhadap golongan tidak bersalah dan lemah bertujuan
menghapuskan keseluruhan penduduk daripada muka bumi.
AIDS, selesema unggas dan selesema babi tidak lebih daripada penyelesaian moden yang
mutakhir - bertujuan memartabatkan polisi ekonomi yang bakal menyerahkan kekuasaan
global mutlak kepada puak Masonic Barat.
Ia serampang dua mata Mason – untuk hapuskan manusia dari negara membangun dan sumber
duit - dengan menjual ubat, nasihat kepakaran & pemeriksaan rawatan.

Penggunaan mahkamah dan undang-undang ciptaan Barat adalah suatu kemestian,
digalakkan dan amat perlu diperhatikan.
Sebab itu hari ini orang saman orang hingga berjuta ringgit dan malah berbilion.
Sistem siapakah itu? Bukankah itu sistem Mason yang amat menindas?
Perhatikan siapa pula yang rajin turun naik mahkamah untuk menyaman orang lain?
Bukan saja di dalam negara kita, tapi juga di seluruh dunia sekarang ini.
Itulah antara orang yang kuat mendukung sistem perundangan Mason ini.

UN dimanipulasikan.
Disember 1992, Presiden Perhimpunan Agung isytihar bahawa UN mesti menjadi parlimen
dunia yang berfungsi dan dilengkapi dengan khidmat tenteranya sendiri.
Tetapi UN yang konon punyai tentera sendiri, tetapi hanya berdiri saja saat ribuan Muslim
dibunuh oleh tentera Serb di Bosnia, malah, bekalkan peralatan & kemudahan untuk bunuh
orang Islam, tanpa diberi pembelaan bermakna.

Jun - Oktober 1993, tentera UN dihantar memerangi Jeneral Somalia, Mohammad Farrah Aidid.
Tentera Malaysia turut dihantar ke sana di bawah kelolaan UN.
Helikopter Amerika tembak hospital, rumah, dan orang awam, bunuh ratusan orang yang
tidak bersenjata.
Selepas serangan yang bunuh 71 orang, ketua misi UN, Admiral Jonathon Howell, berkata:
“…kami tahu apa yang kami serang. Ia memang seperti yang dirancang".

Sebenarnya, UN jauh dari bawa keamanan, ia hanya sebar kemusnahan di daratan,
babitkan siri kematian dan kehancuran di mana saja ia berada.
Musnahnya komunisme, Freemasons dapat gunakan UN untuk capai matlamat kerajaan
global mereka – dengan seluruh dunia kini dalam genggaman, dan tiada siapa yang dapat
lepas dari mereka.
Tetapi, di sebalik semua itu, dunia kini sedang menyaksikan kebangkitan semula seorang
wira tua yang dah dilupakan.

Kini, Freemasons punya musuh lain untuk dilawan, musuh yang mereka sangka telah
dimusnahkan, musuh yang tidak akan tunduk pada kejahatan dan pelan busuk Freemasons itu.
Musuh itu ialah ISLAM dan melawannya memaksa mereka isytiharkan perang.

Muslimin telah diberi amaran awal musuh yang mereka hadapi. Rasul terakhir,
Muhammad s.a.w, sebut bahawa seorang lelaki akan memimpin penaklukan Islam ke atas
ibu kota Roman bernama Constantinople.
Constantinople benar-benar telah ditawan dan dinamakan Istanbul.
Kemudian, seorang lelaki jahat akan muncul dan menjadi raja, kemudian dia mengaku
dirinya rasul, akhirnya dia mengaku dirinya tuhan.

Rasul ingatkan kita si pembohong ini akan menakluk dunia, negara demi negara,
kubu demi kubu, rantau demi rantau. Tiada tempat yang terlepas dari taklukannya
melainkan dua kota suci iaitu Makkah dan Madinah.
Dia akan guna kuasa sihirnya untuk suruh langit turunkan hujan dan bumi keluarkan
tumbuhan & permata.

Dia seru kepada agama palsu dan bawa sesuatu yang didakwanya syurga dan neraka.
Tapi, yang didakwa syurga adalah neraka, dan yang didakwa neraka adalah syurga.
Itulah dia DAJJAL- ertinya pembohong - dan dia lahir dengan satu mata.

Para penggerak Dajjal tidak lain adalah Freemasons. Pada era ‘lebih moden’ ini, Illuminati
pula mengambil alih peranan terhadap seluruh dunia ini.
The ONE EYE - simbol Freemason – ialah salah satu cara mudah mengenali Dajjal.
Menurut ideologi, ia melambangkan Supreme Being, selalu dirujuk sebagai
Great Architect of the Universe.
Ulama Islam memadan Dajjal dengan Firaun, raja yang mendakwa dirinya tuhan.
Guna sihir untuk mencipta ilusi, untuk mempedaya dan menguasai manusia.

Sekarang, sihir Freemason disampai dengan mesej propaganda secara rahsia atau terbuka
lewat filem, televisyen, kartun, muzik, dll.
Yahudi kuasai segala cabang sistem dunia sekarang, bebas sebarkan dakyah mereka
pada dunia, tanpa halangan.
Media yang sama yang diguna berterusan untuk memburuk dan musnahkan karakter Islam.
Ikutkan langkah Dajjal yang mendahului dan burukkan Tuhan secara langsung.
Dajjal adalah penindas sesiapa yang tidak mengikutnya. Dia ada sihir kuasai daratan,
suburkan atau musnahkan bumi, bergantung sama ada mereka menerima atau menolak dia.

Freemason Barat melalui “Bank Dunia“ kuasai & menekan negara Dunia Ke-3 agar tunduk jika
cuba tidak ikut kemahuan mereka.
Termasuk jika negara itu tidak bayar faedah bank seperti sepatutnya.
Mereka akan dipaksa bayar atau hadapi kejatuhan ekonomi, kematian rakyat atau kepapaan.

Nabi Muhammad bersabda masa akan tiba saat dunia bergabung mengerumun Muslimin
seperti mereka menghurung sehidangan makanan.
Kini seluruh dunia sedang berbuat demikian, di depan meja bulat di Perhimpunan Agung UN.
Nabi sebutkan itulah juga masa kekeliruan mengenai munculnya Dajjal.

Manusia akan percaya kepada pembohong dan membohongi orang benar.
Orang yang kufur dikata sebagai pembela agama.
Hari ini, sistem yang dibangunkan pembantu Dajjal telah menjauhkan umat Islam dari kebenaran,
mencari kekayaan dan kebendaan, selain mencari kepentingan dunia.
Inilah masa ujian getir yang memisahkan yang benar-benar beriman daripada munafik dan
pencari dunia.

Kita terlalu banyak tiru cara hidup dan falsafah dari sistem Dajjal, Islam hanya tinggal pada
nama & pakaian, dipakai sebagai lambang atau identiti bangsa, bukan agama…
…dan ini semua cuma mencambah dalam hati kita sebuah sistem yang diguna untuk
menghakis Islam itu sendiri.

Amalkan sistem sama yang cuma melihat wanita Islam mengandung dibelah perutnya
oleh tentera Serb, menyebabkan kematian wanita itu dan anak yang di dalam kandungan.
Sistem sama yang cuma berdiri ketika wanita dan anak kecil diperkosa di Kashmir.
Sistem yang membatu tatkala ibu-ibu melihat anak mereka diheret oleh pasukan tentera
lengkap bersenjata ketika mereka pulang, hanya disebabkan mereka membantah layanan
buruk kepada mereka di tanah air mereka sendiri.

Pembantu Dajjal bina sistem ini untuk musnahkan Islam - secara langsung lewat
tentera/kuasa ekonomi atau tidak langsung - perang ideologi.
Mereka pisahkan/takluk, sebarkan penyakit seperti nasionalisme dan perkauman
ke dalam hati umat.
Ketakutan terbesar ialah jika umat Islam bersatu – seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. dahulu.
Mereka manipulasi/pecahkan Muslim. Pasangkan bahasa universal mereka,
ALL TO LEARN OR BE SHUT OUT. Jauhkan atau hapuskan bahasa Arab dari umat Islam.
Senjata yang mereka kerap guna untuk pinggirkan umat Islam ialah MINYAK.

Latar belakang penaklukan Iraq:
Kerajaan berideologi Freemason musnahkan Khalifah Islam dan pecah-pecahkan wilayahnya
pada Perang Dunia I.
Wilayah yang kini disebut Iraq ditadbir urus oleh British. Sempadan Iraq hari ini mereka
tetapkan saat itu dan semasa perang Iran-Iraq.
Britain serah pada AS tadbir Iraq. Takut kebangkitan pejuang tulen Islam,
CIA bantu parti Baath mendapat kuasa, jadikan Saddam Hussein ketua dan sekutu negara Masonic.
Saddam sendiri adalah ahli Mason yang bergred 303, cuma ia bergerak ikut cara komunis!
Tatkala Kuwait naikkan harga minyaknya, ia turut musnahkan ekonomi Iraq yang baru pulih..
Akhirnya tentera Iraq dihantar ke sempadan dan menawan negara kecil itu dalam 24 jam sahaja.

Media Freemason pertahankan serangan itu.
Tetapi, Duta AS di Kuwait tahu lebih awal serangan itu dan kemusnahan Iraq, sama seperti CIA.
Lepas Perang Teluk, Saddam masih hidup dan Kuwait berjaya dibebaskan.
Saddam berjaya ditangkap selepas itu dan segera dijatuhi hukuman mati.
Lambang ketakutan besar Barat kepada bayang Saddam.

Jadi, apakah kepentingan Perang Teluk kepada para perencana utama Freemason?
Minyak amat mustahak untuk kelangsungan orde dunia mereka. Tanpa wang tersebut,
ekonomi negara Islam akan terlepas kepada pemimpin & kerajaan bukan boneka mereka,
Freemason Barat tidak dapat lagi mengawal negara Islam ini.
Tanpa laba dari hasil kekayaan ini dan pemimpin boneka negara Islam, tiada yang halang
pejuang tulen Islam dari mendapat kuasa pemerintahan.
KEMISKINAN MENCIPTA KESATUAN dan kesatuan umat Islam adalah ketakutan terbesar
para pendiri kerajaan Dajjal.

Perang Teluk membawa banyak pendekatan:
Mempromosi kesatuan Barat,
Mencipta pemisah sesama negara Islam,
Batu uji untuk keseluruhan kelengkapan perang tentera termasuk senjata kimia dan ubatan.
Paling utama, memastikan tentera yang kuat sudah wujud di rantau Timur Tengah.

Sungguh Dajjal telah mengukuhkan cengkamannya di dalam lubuk hati umat Islam
sambil cuba melebarkan pengaruhnya ke Tanah Suci umat Islam.

Sungguhpun mereka telah merancang dengan teliti, ALLAH JUGA MERANCANG.
SESUNGGUHNYA ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG (Al Anfal 8:30)
Kemenangan mutlak akan berpihak kepada umat Islam! 

No comments: