Pages

Wednesday, December 15, 2010

Penubuhan MALAYSIA - Perancangan USA sejak 1889??


Hari ini kita telah merdeka selama 53 tahun, tapi kita ini benar-benarkah memahami jiwa merdeka bukan hanya dari perkataan saja. Akan tetapi kita tahukah pula sejarah penubuhan Malaysia?? Betul-betulkah kita telah mengetahui segalanya tentang negara kita?? Sejauh manakah pengetahuan kita jika hanya belajar sejarah dari tingkatan 1 - 5 atau 6 sahaja...sudahkah semua sejarah kita ketahui? Benarkah juga penubuhan Malaysia ini telah dirancang hampir 121 tahun yang lalu???

Kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Mara dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama Malaysia sudah ada pada tahun 1889 lagi. Peracangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!!

Kiritikan perancangan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 oleh penasihat luas USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY. 10 tahun selepas itu batu asas FEEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) di letakkan di Northam Road di Pulau Pinang, semasa perletakan batu asas FREEMASON tersebut pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University. USA menggelar dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON.


Aku rasa macam nak menangis je bila jumpa benda nie semasa aku cari mengenai sejarah sebenar penubuhan negara Malaysia dan Indonesia, ia bermula ketika aku berasa amat hairan kenapa Filipina suatu ketika dahulu pernah nak claim nama Malaysia, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu nama Malaysia.
Rupa-rupanya perancangan negara Malaysia sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum di isytiharkan 'merdeka' dan amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara Malaysia serta kritikannya di Harvard University pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan Penasihat Luar USA pada ketika itu serta professor of Political Science And International Relations in Harvard University.
Dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti di bawah telah dibuang/ di padamkan oleh USA dalam website rasminya setelah artikel mengenainya di terbitkan di Universiti Teknologi Mara..
"Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines. Editor : Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Goverment Printing Office, Washington, 2001".
Dato' Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو  atau nama sekarang telah di Inggeriskan menjadi United Malay National Organisation (UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak di Inggeriskan.

Di fitnah teruk oleh bangsa sendiri

Ucapan terakhir Dato' Onn Jaafar sebagai Yang Dipertua Umno pada 26 Ogos 1951:

"Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini, langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri. Saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat-tempat yang tidak dapat di masukki kebanyakan orang. (adakah Dato' Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak di datangkannya ke atas Tanah Melayu ini. Malangnya mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan-pekerjaan dan tanggungjawab saya itu..."
Rujukan : ( Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)

Penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.

Antara bangunan FREEMASON di Johor (perhatikan betul-betul apa yang dia tulis di peti suratnya dan lambangnya)

Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yang dihasratkan oleh Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada 16 September 1963 bila mana Singapura, Tanah Melayu ( atau lebih di kenali Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia dan kekal di bawah naungan jajahan Inggeris hingga tahun 1984, mana Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

Pendokonh gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said  Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kitak tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita-cita masa yang lalu gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British, darurat dan kemerdekaan. Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir  kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruhm Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawanganm pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanuddin Al-Helmy juga turut meringkuk dalam ISA atas tuduhan kononnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini di tulis oleh Pak Said Zahari yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara dalam buku memoirnya "Meniti Lautan Gelora"

Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya??? Dan sudah tentunya mereka inilah yang mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

Realitinya, Dato' Onn sudah dapat mengesan perancanga 'mereka' itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh barua British dan agen-agennya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato' Onn pula yang di hina dan di tuduh talibarut British ( Rujukan : Mohamed Abid, 2003, halaman 189)

Sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana percaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir..!!
R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein Onn
M - Tun Dr. Mahathir Mohamad ( Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr. M )
A - Abdullah Badawi ( Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi )
N - Najib Tun Razak ( seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N )

Kerajaan telah memilih Perang Besar (sekarang namanya Putrajaya) baca sumber rasmi petikan ucapan ini


Mengikut perancangan ILLUMINATI, dimana FREEMASON telah bergabung dengannya. Perang Dunia Ketiga mesti dijalankan disebelah Timur Dunia untuk membentuk New World Order : 1World Goverment, perhatikan huruf G dalam logo FREEMASON, ia merujuk kepada Goverment. Perang Dunia yang sebelum ini juga telah dirancang..jika berminat baca di sini...memang memerlukan masa yang panjang untuk membacanya.

"...sent them away from his son Isaac to the land of the east.: ( Genesis 25:6 New International Version)

Mengikut ramalan orang Yahudi berfahaman zionis yang sekarang sedang menguasai Israel serta parlimen USA ( ditubuhkan oleh salah satu sayap gerakan mereka iaitu FREEMASON yang selepas itu sudah bergabung denga gerakan Yahudi satu lagi dinamakan ILLUMINATI ), keturunan dari Keturah/ Qunturah/ Ketura iaitu isteri ketiga Nabi Ibrahim selepas Hajar dan Sarah, akan mencabar kekuasaan mereka pada ketika dunia hampir kiamat dan Imam Mahdi atau nama lainnya Messiah  akan lahir di Timur Dunia, sebelumnya Allah menurunkan Nabi Isa atau namanya Jesus kembali ke bumi untuk membanteras Dajjal yang akan mengaku dia adalah tuhan sebenar padahal dia menipu ( pernah terbaca bahawa dia adalah Samiri pada zama Nabi Musa atau nama lain Moses yang Allah panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat, setelah dia mengintai Nabi Musa yang dipanggil menghadap Allah, dia mengumpul bekas laluan malaikat Jibril atau nama lain Gabriel, lalu dia mencipta "tuhan" berbentuk LEMBU yang di perbuat daripada emas yang dikumpul dari seluruh kau Yahudi dan selepas dia mentaburkan sisa-sisa tapah malaikat Jibril itu, tiba-tiba boleh bergerak dengan cergas untuk beberapa saat dan dia menyesatkan kesemua kaum Yahudi dengan mengatakan LEMBU EMAS. "lembu suci", "holy cow" itu adalah "tuhan", cerita ini ada di dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah dan ajaran Samiri ini kemungkinan besar dia adalah Dajjal dan masih menjadi kepercayaan kuat pengikut agama Hindu yang tamadun besar mereka bermula di Sungai Indus di India)

Dengan kepercayaan kuat Yahudi ini yang percaya bahawa suatu bangsa keturunan dari isteri ketiga Kunturah/ Quntura/ Ketura ini akan mencabar dan mengalahkan mereka, kebanyakan negara kuasa Timur cuba dilemahkan dan dipecahkan manakala kuasa Barat cuba dikuatkan. Dunia Melayu dipecahkan kepada paling kurang 6 negara - Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei dan Timor Timur. Dunia Cina dipecahkan kepada China, Taiwan, Macao, Hong Kong. Dunia Korea dipecahkan kepada Korea Utara dan Korea Selatan.

Cubaan menguasau Vietnam serta di bom teruk negara Jepun dan dibina pangkalan tenteta termaju USA di Jepun, Filipina pelbagai lagi negara di seluruh dunia ini serta di beri bantuan ketenteraan melampau kepada Singapura ( perhatikan sistemnya hampir sama dengan Israek semasa Israel menang peperangan 6 hari dengan negara-negara arab), serta dihantar Jeneral Israel mereka mencatur strategi ketenteraan Singapura, Lee Kuan Yew menamakan mereka sebagai The Mexican serta di bina fahaman politik-politik di dunia ini seperti komunis dan sosialis moden yang pengasasnya sama iaitu Karl Marx yang berbangsa Yahudi serta mahu seluruh dunia mengamalkan demokraso yang juga sistem asasnya adalah rekaan Yahudi juga, juga ligakan USA dan RUSSIA yang terletak di sebelah timur dunia dan di ciptanya GOOGle dan Facebook yang pengasasnya juga adalah Yahudi serta di belinya Youtube dan juga di kuasai kebanyakan media-media utama dunia, di asaskan jugaHOLLYWOOD serta di asaskan kebanyakan syarikat-syarikat studio perfileman di USA untuk pengaruhi seluruh dunia yang dinamakan GLOBALIZATION.

Antara perkara yang amat menghairankan juga macam mana Anwar Ibrahim boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan amat cepat serta boleh pula dia rancang stratefi Foundation For Future (sebuah pertubuhan yang sengaja direka oleh USA dan Yahudi untuk merancang politik di Asia) dan berkawan rapat dengan Paul Wolfowitz (perancangn utama peperangan di Iraq dan Afganistan), manakala Najib seperti mengungkap misi utama ILLUMINATI atau FREEMASON ini 1World Goverment : New World Order, serta pilihanraya Malaysia dulu semasa era pemerintahab Abdullah Badawi di adakan bertarikh "13" (suatu nombor keramat bagi pengikut FREEMASON dan ILLUMINATI) dan apakah pentingnya nombor "7" dalam FREEMASON. Bubuh batu asas FREEMASON di Pulau Pinang pada tahun 1927, perancangan dan kritikan penubuhan negara Malaysia pada tahun 1937 dan pengisytiharan "kemerdekaaan" negara Malaysia pada tahun 1957.


Lucifer show 1World Goverment sign




Fahaman FREEMASON, ILLUMINATI, ZIONIS ISRAEL...
They (no matter what race) who sold soul to the 'MASTER' to do all the above will be given the power:
a. To induce spiritual blindness
b. To convince
c. To convert
d. To corrupt

No comments: